Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kumpulan Anti Lynas tidak rasional.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob menyifatkan kumpulan anti Lynas, Save Malaysia yang enggan menerima hakikat mengenai jaminan kerajaan terhadap pembinaan kilang Lynas di Gebeng, sebagai tidak rasional.

Beliau berkata, kumpulan terbabit tidak mahu menerima fakta yang dikeluarkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bahawa projek itu selamat dan tidak berbahaya.

Menurutnya, kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk semua pihak, bagaimanapun kumpulan berkenaan masih berdegil dan tetap dengan pendirian yang tidak masuk akal.

“Kumpulan tersebut sudah tidak rasional kerana tidak dapat menerima hakikat terhadap keputusan IAEA yang memutuskan kilang Lynas selamat.

“Justeru, kita tidak perlu menghiraukan kumpulan ini, malah akan terus membuka pintu kepada orang ramai dengan memberi penerangan secara telus bagi mengelak sebarang kekeliruan yang sengaja direka kumpulan anti Lynas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas upacara Pecah Tanah Tapak Surau Tengku Jusoh di Seberang Balok sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Mukim Beserah dan Mukim Sungai Karang di sini, semalam.

Program anjuran Badan Kebajikan Kemanusiaan Mukim Beserah dan Sungai Karang (BakkiSs) itu turut dihadiri Penaung BakkiSs, Ngah Ismail dan Pengerusi BakkiSs, Wan Azlan Wan Salleh.

Adnan berkata, semua pihak memainkan peranan menyalurkan maklumat yang betul mengenai pembinaan kilang Lynas yang mencetuskan pelbagai isu.

Justeru katanya, pihaknya secara berperingkat akan turun padang bertemu penduduk bagi memberi penerangan yang betul.

Pada majlis itu, Adnan turut menyampaikan sumbangan wang dan barang keperluan kepada 48 penerima terdiri warga emas dan ibu tunggal bagi meringankan beban.

Terdahulu, Adnan menerima penyerahan 62 borang keahlian UMNO yang diketuai oleh Tengku Jusoh Tengku Mohd sebelum diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Hazmi Yusof. –Sinar Harian

No Responses to “Kumpulan Anti Lynas tidak rasional.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s