Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Ezam Sahkan Anwar Ibrahim Seorang Biseksual

TEMPO Interaktif, Jakarta- Ezam M. Noor, ahli politik berasal Malaysia itu memilih memutar balik hidupnya. Dari menjadi ‘orang kanan’ bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, menjadi ‘lawan’ dari garis politik Anwar.

Bekas anak buah Anwar Ibrahim tidak hanya menyeberang ke UMNO, parti berkuasa di Malaysia tetapi juga turut menyerang Anwar.

Tak hanya itu, Ezam kini menjadi senator. Posisi politik Ezam ini membuat beberapa media Malaysia (pembangkang) melabelnya sebagai ‘pengkhianat’. Tapi Ezam mengaku mempunyai alasan untuk itu. “Semua yang terjadi memang turning point kepada saya” katanya kepada Yosep Suprayogi, Andree Priyanto, dan Poernomo G. Ridho dari Tempo yang menemuinya dalam satu perbualan di Jakarta, Khamis, 5 Mei 2011 lalu.

Dalam percakapannya itu, Ezam menceritakan bagaimana kisah pelarian dan penahanan dirinya semasa mejadi orang kanan Anwar Ibrahim menyebabkan sikap dan pilihan politiknya berubah. Termasuk niatnya mendedahkan beberapa rahsia ‘kotor’ tentang bekas bosnya, Anwar Ibrahim.

“Saya melakukan ini untuk memberitahu masyarakat siapa Anwar sebenarnya, jika tidak, walaupun saya tidak mati, tapi hati saya tidak tenang,” kata Ezam.

Ezam, lelaki kelahiran Klang Selangor, 24 April 1967 ini adalah Setiausaha Politik Anwar. Saat menjadi SETPOL Anwar, Ezam mengaku bekerja dari bawah ke atas. Tidak ada hubungan kekeluargaan.

Namun, semua itu berubah ketika Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dipenjara kerana tuduhan korupsi dan hukuman melakukan seks luar tabie.

Selama Anwar dipenjara, Ezam mendekati keluarga Anwar. “Saya merasa harus melindungi keluarganya,” ujarnya. Saat itu, Ezzam mengaku rapat dengan isteri Anwar, Wan Azizah, juga dengan anak-anaknya.

“Bahkan ibu saya juga rapat, Kak Wan – isteri Anwar – memanggil ibu saya bonda,” katanya.

Ketika Anwar keluar penjara tahun 2004, Ezam mengaku semakin dekat dengan keluarganya. Namun kebelakangan selepas itu hubungan itu renggang, setelah Ezzam mendakwa menjumpai beberapa bukti, bahawa tuduhan seks luar tabie bukanlah sekadar isu yang dilancarkan oleh pihak lawan politiknya.

“Sejak itulah titik turning pointnya” ujarnya. “ Saya akhirnya yakin, itu adalah benar, pada mulanya, saya sama sekali, tidak percaya”

Setelah tujuh hari berfikir dan tidak boleh tidur, Ezam pun mengambil keputusan. Pada tahun 2006, dia berhenti dari jawatannya sebagai Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, parti yang dia bangunkan bersama Anwar Ibrahim.

“Ketika itu, saya bersara berpolitik,” ujarnya.

Ezam lalu memilih menubuhkan NGO, Gerakan Demokrasi dan Antikorupsi (GERAK). Ketika Malaysia mengadakan pilihanraya umum tahun 2008, dia memilih untuk mengajar di United Kingdom. Dia mengaku bersara berpolitik. Tetapi kebelakangan itu, dia terjun lagi ke dunia politik dan membuat strategi yang mengejutkan kawan-kawannya. Ezam, menyeberang ke UMNO, parti berkuasa di Malaysia, parti yang dahulunya menjadi lawannya.

Berikut ini adalah hasil wawancara Tempo dengan Ezam M. Noor.

Tempo (T): Katanya anda bersara politik, jadi kenapa aktif kembali ?

Ezam (E): Ya itu tadi, bila mati pun saya tidak tenang, saya harus beritahu siapa Anwar sebenarnya. Bila dia benar-benar jadi PM, ini bahaya buat negara. Kerana faktor peribadinya, dia boleh melakukan perkara-perkara aneh dengan kuasanya dan saya tidak mahu perkara itu terjadi.

T: Menurut anda, apakah Anwar masih bercita-cita mahu jadi perdana menteri?
E: Terlalu bercita-cita. Dia hanya mengejar itu, maka kredibilitinya merosot, teman-teman ramai yang kecewa. Popularitinyanya di Malaysia juga terus merudum.

T: Agak-agaknya berapa lama lagi kejatuhan Anwar?
E: Saya tidak tahu, ini beginning of the end. Tapi, dia seorang yang sangat bersemangat.

T: Menurut anda, apa yang membuatkan Parti Keadilan Rakyat yang didirikan Anwar merosot?
E: Ada dua perkara, pertama kes sodomi dan kedua soal politik. Dia terlalu bercita-cita jadi perdana menteri dan fokusnya ke sana. Sebanyak 90 peratus pengasas parti keluar, bererti ini ada sesuatu yang tidak kena.

T: Anda berulangkali menyatakan soal tuduhan seks luar tabie terhadap Anwar Ibrahim. Sejauh manakah kebenarannya?
E. Ya, itu benar

T: Bagaimana anda yakin itu bukan rekayasa ?
E: Pertama, saya mencurigai ketika isterinya, Wan Azizah, terlalu cemburu apabila Anwar dekat dengan laki-laki. Ini menjadi turning point, dan (selepas itu) saya membuka, mengkaji semula kesnya, dan setelah itu saya yakin dia melakukan perkara itu.

T: Mengapa anda hanya baru tahu selepas itu ?
E: Kerana selama ini, saya hanya mengenali satu sisi dari Anwar, dia pemimpin yang hebat dan itu membutakan saya.

T: Anda setiausaha politiknya ketika dia menjawat Timbalan Perdana Menteri, tak kan tidak tahu ?
E: Ya saya profesional, saya ketika itu, hanya staf, tidak mengenali peribadi atau keluarganya lebih dekat. Tetapi, apabila mengenali Anwar secara dekat, saya melihat sisi Anwar yang lain. Dia juga cukup pandai menutup kes itu dan hanya melakukannya dengan orang-orang dekatnya saja.

T: Jadi mengapa hakim Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar?
E: Kalau saya baca lagi keputusannya, dari tiga hakim, dua membebaskan, satu tidak. Tetapi, ketiga-tiganya sepakat bahawa telah terjadi aktiviti sodomi, masalahnya atas dasar suka sama suka, jadi tidak boleh dihukum. Tapi, sodomi itu terjadi.

T: Bagaimana dengan dua kes yang baru muncul, ada soal sodomi dan skandal video seks dengan pelacur perempuan ?
E: Sodomi itu kembali terungkap setelah ada pengakuan dari seseorang yang bernama Saiful, dan kemungkinan kali ini dia akan terhukum kerana pihak polis menjumpai bukti sperma Anwar. Soal video seks juga jelas, bagi yang menonton dan mengenalinya, pasti yakin itu Anwar, dapat dilihat dari sosok tubuhnya –AIDC

No Responses to “Ezam Sahkan Anwar Ibrahim Seorang Biseksual”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s