Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Turun Padang, Bongkar Keburukan Pembangkang

UMNO Pahang akan membongkar dan mendedahkan segala keburukan pembangkang kepada rakyat dalam siri turun padang parti itu ke seluruh negeri ini tidak lama lagi.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, UMNO sedang mengumpul pelbagai maklumat untuk didedahkan supaya rakyat mengetahui dan menilai keburukan pembangkang.

Tegasnya, parti itu tidak gentar menghadapi saman di mahkamah kerana pendedahan yang bakal dilakukan bukan fitnah terhadap pemimpin pembangkang.

“UMNO tidak lagi boleh berdiam diri terhadap tuduhan dan fitnah pembangkang selama ini, malah ia perlu dijawab serta didedahkan segala keburukan dan kepincangan supaya rakyat mengetahui siapa sebenarnya pembangkang.

“Kalau berdiam diri, kita bimbang rakyat terpengaruh dan mempercayai fitnah tersebut serta melalui pendedahan itu, rakyat menilai sendiri kedudukan pemimpin pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 900 orang kurang berkemampuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sempena program Ihya Ramadan di Dewan Komuniti Kampung Baris, Simpang Pelangai dekat sini, semalam.

Adnan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, pihaknya mempunyai anggota yang ramai termasuk pakar politik, pensyarah dan undang-undang bagi mendedahkan keburukan pembangkang.

Katanya, antara fitnah yang dilemparkan pembangkang ialah kerajaan negeri bankrap.

“Jika bankrap sudah tentu kerajaan negeri tidak lagi melaksanakan pembangunan untuk rakyat termasuk pemberian pelbagai bantuan kepada golongan sasaran seperti orang miskin dan pelajar.

“Kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang membelanjakan RM60 juta setahun bagi dana kemiskinan dan pelajaran yang memberi manfaat kepada ribuan golongan sasar,” jelasnya.-BPUN

No Responses to “Turun Padang, Bongkar Keburukan Pembangkang”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s