Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pemimpin perlu turun padang jelas fitnah

RAUB – Pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) perlu turun padang menjelaskan kepada rakyat dan menjawab segala tomahan serta fitnah pembangkang agar rakyat tidak terkeliru atau terpedaya.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, rakyat dan akar umbi perlu diberikan penerangan yang jelas agar mereka memahami peranan serta tanggungjawab kerajaan BN.

Menurutnya, BN tidak boleh lagi berdiam diri membiarkan pembangkang terus memfitnah dan melakukan pembohongan demi pembohongan, sebaliknya perlu dijawab serta diberi penjelasan.

“Jika kita berdiam diri, bermacam lagi fitnah dan tomahan akan dilakukan hingga akhirnya rakyat akan percaya fitnah mereka,” katanya.

Beliau berucap pada perjumpaan dengan anggota parti komponen BN Parlimen Raub di Dewan Jubli Perak, malam semalam.

Adnan yang juga Pengerusi BN Negeri berkata, BN tidak sesekali gentar menghadapi pembangkang kerana perjuangan BN adalah ikhlas demi membela rakyat.

Katanya, agenda utama kerajaan BN untuk membawa seberapa banyak pembangunan untuk rakyat dan setiap perkara yang dijanjikan akan tetap dilaksanakan, malah kerajaan cakap dan buat, tetapi tidak seperti pembangkang hanya dengan janji kosong. “Parti komponen BN perlu mengukuhkan hubungan untuk menjadikan BN lebih utuh, kukuh dan padu, manakala segala perkara remeh perlu diketepikan serta beri keutamaan untuk menguatkan parti.

“Kini masa bekerja dan memastikan BN menang pada pilihan raya umum akan datang dengan majoriti besar dan jangan timbulkan masalah bilangan kerusi atau calon kerana ia hanya akan diputuskan pucuk pimpinan parti,” kata Adnan.

Beliau berkata, siapa juga calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti perlu diterima dan disokong kerana itulah calon BN.

Beliau mahukan semua komponen BN bekerja satu pasukan untuk memastikan BN menang dan beliau turut mengingatkan ahli parti jangan menggugat parti atau pimpinan parti jika sesuatu perkara tidak dapat diluluskan. – Sinar Harian

No Responses to “Pemimpin perlu turun padang jelas fitnah”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s