Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

PAS Ancam Anjur Bersih 3.0 Jika SPR Tidak Berubah

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem pilihan raya yang adil dan telus jika mereka tidak mahu berdepan dengan satu lagi Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0).

Justeru, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu SPR melaksanakan empat daripada lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Bersih kepada suruhanjaya itu dalam kadar segera.

“Jika SPR tidak mahu buat perubahan segera kita akan cadangkan kepada Bersih untuk buat perhimpunan sekali lagi.

“Ada tuntutan yang boleh disegerakan oleh SPR, kalau tiada perubagan kami akan desak Bersih buat perhimpunan yang lebih besar,” katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih adalah supaya SPR membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Mengulas lanjut mengenai Bersih 3.0, Mohamad berkata perkara tersebut akan dibincangkan bersama Jawatankuasa Bersih terlebih dahulu.

“Kita akan bincang dengan Bersih dahulu jika tidak setuju barulah kita bincang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Bagi meneruskan agenda Bersih kita juga mencadangkan supaya setiap hari Sabtu dijadikan hari memakai baju Bersih atau baju berwarna kuning,” katanya.

Berhubung larangan daripada pihak polis tidak membenarkan pemakaian baju Bersih, Mohamad perkara tersebut hanya haram pada Umno tetapi tidak dari segi undang-undang.

Sabtu lalu, Perhimpunan Bersih diadakan di beberapa kawasan di sekitar ibu negara seramai 1,041 ditahan kerana ingkar arahan polis supaya bersurai daripada perhimpunan haram tersebut.

Antara mereka yang ditahan ialah Penganjur Bersih Datuk S. Ambiga, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Mat Sabu. – mStar Online

No Responses to “PAS Ancam Anjur Bersih 3.0 Jika SPR Tidak Berubah”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s