Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bekas PM main peranan dalam isu BERSIH?

Tersebar cerita bahawa seorang bekas PM memainkan peranan dalam isu BERSIH. Apa peranan yang dimainkan oleh bekas PM ini dan apa tujuannya?

Bekas PM Tun Abdullah Badawi dikatakan ada bertemu dengan pengerusi BERSIH Ambiga Sreenevasan. Mengikut laporan Tun Abdullah mengakui ada perjumpaan diantara beliau dan Ambiga tetapi hanya sekadar memberi nasihat kepada Ambiga agar menghormati titah YDP Agong dan meminta agar jangan teruskan perhimpunan BERSIH.

Persoalan yang timbul apakah tujuan Tun Abdullah yang selama ini menyepi selepas terpalit prestasi buruk beliau ketika menjadi Perdana Menteri. Adakah Tun Abdullah cuba menjadi ‘statesman’ seperti Tun Mahathir Mohamad ataupun beliau ingin menjadi pemgacau dalam urusan pentadbiran Dato’ Seri Najib.

Apa yang Tun Abdullah ingin lakukan menjadi satu tanda tanya. Bayangkan beliau yang gagal sebagai Perdana Menteri kini cuba menjadi wira didalam isu BERSIH, agak janggal bila kita fikirkan. Perlukah Tun Abdullah yang dahulunya terkenal sebagai PM Flip-Flop menjadi perantaraan dalam isu BERSIH? Dalam tempoh beliau menjadi Perdana Menteri terlampau banyak kelemahan yang tipu hinggakan BN menjadi sasaran serangan pihak pembangkang bertali-arus. Kelemahan pentadbira beliau juga memperlihatkan BN
kalah teruk dalam pilihanraya yang ke 12.

Rasanya tidak perlulah Tun Abdullah cuba meletakkan dirinya setaraf Tun Mahathir kerana Tun Abdullah telah banyak membuat kesusahan dalam UMNO dan BN apatah lagi campurtangan beliau dalam pentadbiran kerajaan sekarang. Rakyat tidak memerlukan Tun Abdullah untuk menasihati orang lain kerana beliau harus menasihati ahli keluarga dan dirinya sendiri dahulu.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Bekas PM main peranan dalam isu BERSIH?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s