Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

‘Shut up and back off’ cara politik baru.

Kalau dahulu ramai yang perkatakan politik UMNO ialah politik ‘pak turut’, politik ‘yes sir’ tapi sekarang muncul ‘politik baru’ pula. Politik ‘shut up and back off’. Bila gerombolan pendukung ‘politik baru’ ini mengkritik, mempersoalkan atau berjalan menentang arus politik parti mereka kata ini politik baru tetapi bila dikritik mereka menyuruh orang-orang yang mengkritik itu diam dan jangan ganggu mereka.

Bagus sungguh pendekatan ‘politik baru’ bawaan gerombolan-gerombolan ini. Yang menghairankannya ketika Perdana Menteri Flip-flop berkuasa mereka-mereka ini tidak pula mendukung politik baru ini. Adakah mungkin polisi-polisi kerajaan ketika itu dibawah gerombolan ini? Setiap tindakan kerajaan PM Flip-flop yang menyusahkan rakyat tiada pula mereka mengkritik. Malahan menyokong sepenuh hati (janji duit masuk, kekayaan dapat dirai).

Sekarang ini bila kerajaan cuba melakukan yang terbaik mereka kritik, mereka menyokong cara pembangkang, mereka kata tidak demokratik. Sebagai contoh demonstrasi jalanan, mereka kata ini adalah demokrasi dan ada yang mengaitkan dengan perjuangan Malayan Union dahulu. Agak dangkal untuk mengaitkan perjuangan kemerdekaan dengan demonstrasi jalanan yang ada sekarang.

Adakah gerombolan ini membawa suara Anwar Ibrahim dalam UMNO? Mereka ini yang akan membakar UMNO dari dalam kerana mereka ini pernah dan masih dikaitkan dengan Anwar. Proksi Anwar dalam UMNO masih berleluasan kita dapat mengenali mereka dengan kenyataan dan perbuatan mereka yang menyakitkan UMNO.

Jika mereka boleh mengkritik kerajaan dan parti kerana pendekatan ‘politik baru’ mereka janganlah mereka menyalahkan orang lain jika mereka dikritik pula. Siapa mereka untuk menekan ahli parti? Siapa mereka untuk merendah-rendahkan ahli parti? Siapa mereka hendak keji ahli parti? Jika dahulu rakyat menahan kesakitan ketika PM Flip-flop menerajui negara namun kita tidak lagi. Jangan cabar akar umbi.

Politik baru yang akan terus membuat pembangkang tersenyum lebar. Politik baru yang akan terus melemahkan UMNO. Jika mereka terus mengkritik dan bersikap angkuh, percayalah mereka akan ditentang habis-habisan. Isu yang lepas masih tidak terjawab dan jangan cabar akar umbi bertindak. Akar umbi masih menghormati Dato’ Seri Najib Razak kerana itu akar umbi masih berdiam diri lagi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

No Responses to “‘Shut up and back off’ cara politik baru.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s