Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

ZALIM SUNGGUH POLIS KITA…..

Sepinggan RM25 untuk setiap tahanan 

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan untuk diberikan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan haram di ibu negara, kelmarin.

Ini bermakna sebanyak RM42,425 diperuntukkan untuk juadah bufet yang disediakan bagi menampung 1,697 individu ditahan. 

Ini sekali gus menafikan dakwaan, bahawa tahanan dilayan tanpa belas kasihan.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bukan hanya makanan umpama kenduri kahwin, polis turut menyediakan tempat solat untuk tahanan beragama Islam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.

“Bagaimana boleh timbul dakwaan itu? Semua kemudahan termasuk makanan bufet berharga RM25 setiap kepala disediakan.

“Mereka perlu tahu, anggota polis yang bertugas sebelum, semasa dan selepas perhimpunan hanya diberi makanan bungkus. Ada juga yang tidak sempat menjamah makanan demi tugas,” katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Kelmarin, laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar peserta perhimpunan yang ditahan, sebelum menjalani proses dokumentasi.

Selain ruang solat, bilik rawatan perubatan juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada peserta.

Amar Singh berkata, selain Pulapol, balai polis di Jinjang dan Cheras turut dijadikan pusat tahanan sementara.

No Responses to “ZALIM SUNGGUH POLIS KITA…..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s