Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

UMNO tidak rela kerajaan ditubuh atas dasar tipu rakyat

KUALA LUMPUR 10 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa UMNO tidak akan merelakan penubuhan sebuah kerajaan dengan cara menipu rakyat.

Sebaliknya beliau berkata, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan serta mempertahankan demokrasi sejak penubuhannya, UMNO akan memastikan pembentukan kerajaan adalah berdasarkan sokongan rakyat sepenuhnya.

Justeru atas nama demokrasi, beliau berkata, UMNO tidak gentar berhadapan dengan cabaran pembangkang dalam pilihan raya umum apabila tiba masanya kerana setiap pilihan raya yang diadakan di negara ini dijamin bersih dan adil.

‘‘Saya tidak rela kita tubuhkan kerajaan kerana tipu rakyat. Saya mahu rakyat dokong kita dengan sepenuhnya. Oleh itu apa yang lebih penting sekarang UMNO perlu bangkit dengan cara memperkuatkan perpaduan antara kita.

‘‘Apabila kita bersatu padu, bila dapat isyarat kita telah pun bersatu, saya akan memohon Yang di-Pertuan Agong bubarkan Parlimen dan kita akan buktikan negara ini milik siapa,’’ katanya

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap di hadapan 6,000 peserta Majlis Penerangan Perdana Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib di dalam ucapannya turut menekankan mengenai pentingnya UMNO menawan dan memikat hati serta minda rakyat.

‘‘Sebab itulah saya ajak kita semua, pergi jumpa dan temui rakyat. Beritahu mereka bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap pertahankan prinsip-prinsip demokrasi di dalam negara kita.

‘‘UMNO lahir daripada perjuangan rakyat dan prinsip demokrasi. Sehubungan itu ia akan dipertahankan walau apa pun yang terjadi,’’ ujarnya.

Perdana Menteri berkata, satu contoh bagaimana UMNO sejak dahulu lagi sentiasa memegang prinsip demokrasi iaitu ketika berlaku kejadian 13 Mei 1969.

Ujarnya, Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein ketika itu telah dilantik sebagai Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) dan mempunyai kuasa yang mutlak.

‘‘Tidak ada siapa yang boleh persoalkan segala tindakannya. Jika sebelah malam ayahanda rasa hendak membuat undang-undang, esok jadi. Jika malam rasa tidak sedap kerana mahu tangkap seseorang, orang itu boleh ditangkap.

‘‘Inilah UMNO. Akhirnya ayahanda menyerahkan kembali kuasanya kepada Parlimen atas asas demokrasi supaya rakyat buat pilihan. Sekiranya UMNO tidak ada tradisi pertahankan demokrasi, kita tidak serah balik kuasa pada Parlimen secepat mungkin. Lebih baik kita simpan kuasa,” katanya. – UTUSAN MALAYSIA

No Responses to “UMNO tidak rela kerajaan ditubuh atas dasar tipu rakyat”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s