Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Politik Baru, politik matang atau suara pembangkang?

Terlintas dalam blog ‘otai’ PAPAGOMO berkenaan Timbalan Menteri yang sokong BERSIH. Belum sempat baca tapi kita tahulah siapa yang dimaksudkan.

Kalau dalam MM dia digelarkan sebagai Timbalan Menteri kuat merengek. Tapi tidak apalah mana-mana pun boleh selagi Timbalan Menteri ini betul-betul terangkan dan fahamkan rakyat yang tidak ‘intellectual’ tentang perjuangannya.

Ada yang mengatakan dia ini ‘very idealist’ dan ada yang kata dia ini membawa ‘new politics’ persoalannya apa yang dimaksudkan sebagai ‘new politics’? Politik yang liberal? Politik keterbukaan yang bakal menjadikan Malaysia ketinggalan? Perjuangan apa yang dia maksudkan?

Kita mungkin boleh terima idea ‘new politics’ dia jika Malaysia sudah sama taraf denga negara-negara maju dunia seperti Amerika, Korea, Jepun dan sebagainya. Hakikatnya Malaysia masih dalam proses membangun dan masih berusaha untuk menjadi negara maju. Sebagai contoh kita perhatikan di Singapura dimana pemerintahnya agak ‘autocratic’ hanya kerana mereka mahukan kemajuan negara mereka lebih dari mereka mahu berpolitik.

DiMalaysia lain caranya, kita lebih gemar berpolitik dan mengenepikan soal pembangunan dan soal kebajikan rakyat. Jika Timbalan Menteri ini memperkatakan tentang ‘mature politics’ rasanya dia kena tengok pakatan pembangkang dahulu. Jika kita mahu politik matang kita ambil contoh sekali lagi di Singapura. Mereka hanya dibenarkan berpolitik atau berceramah pada waktu pilihanraya sahaja. Selepas itu parti pemerintah mahupun pembangkang memberhentikan secara ceramah atau politik dan hanya tumpu pada pentadbiran negara.

Jadi politik baru jenis apa yang Timbalan Menteri ini perjuangkan? Sedar atau tidak bahawa Malaysia masih lagi negara membangun dan perlu memberikan keutamaan pada rakyat dan kemajuan negara lebih dari berpolitik. Masih samar lagi perjuangan Timbalan Menteri ini tetapi yang nyata ialah dia merupakan suara pembangkang didalam kerajaan.

Cukup-cukuplah wahai Timbalan Menteri, cuba senyap seketika dan duduk bersama pucuk pimpinan dan berjuang berlandaskan kemahuan parti yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Politik Baru, politik matang atau suara pembangkang?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s