Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pelajar UMT didakwa hina lagu Negaraku

KUALA TERENGGANU 11 Julai — Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam.

“Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu.

Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.

“Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Simposium Tahunan UMT yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT Prof Dr Noor Azhar Mohamed Shazili.

Dr. Yahaya berkata, penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri. – Bernama

3 Responses to “Pelajar UMT didakwa hina lagu Negaraku”

  1. Inilah gelagat golongan muda zaman kini, zaman di mana segala kemewahan, kesenangan mudah didapati hingga mereka tidak punya jati diri untuk menyayangi negara sendiri. Kalau benar pelaku penghinaan lagu Negaraku itu adalah pelajar universiti, saya tidak hairan sangat kerana memandangkan mentaliti pelajar universiti sekarang ini yang tidak berkualiti. Ini bukan suatu penghinaan, tapi adalah suatu hakikat kerana pelajar universiti sekarang ini banyak menimbulkan masalah, kelakuan mereka macam golongan mat rempit dan mat gian malahan ada dikalangan mereka juga terdiri dari mat gian dan mat rempit.

    Pelajar universiti generasi terdahulu dengan pelajar universiti generasi sekarang jauh berbeza, kalau dahulu pelajar universiti banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, tapi pelajar sekarang ini tidak peduli itu semua lagi, mereka hanya dalam kelompok mereka saja. Pergilah ke mana-mana universiti dalam negara ini, lihatlah gelagat pelajar universiti sekarang ini, macam-macam karenah mereka buat, sebab itulah gelaran mahasiswa tidak lagi disegani dan dihormati sebagaimana pada waktu dahulu. Mahasiswa generasi dahulu, sosial itu, sosial juga, tapi pemikiran dan adab budaya dijaga, tapi lihatlah mahasiswa dan mahasiswi sekarang ini, sampai tak tahu kita nak bezakan antara mahasiswa dan mahasiswi dengan mat rempit, mat gian, atau perempuan tepi jalan bila dilihat pada kelakuan, sikap, serta gaya mereka. Lihat pakaian, gaya rambut, bahasa dan lain-lain perkara berkenaan mahasiswa zaman sekarang.Saya bukan nak menghina, tapi nilailah sendiri mengapakah begitu ramai mahasiswa di negara ini yang terlibat dengan dadah, salah laku seks, dan menjadi alat bagi pihak tertentu untuk merosakkan negara ini. Diakui masa dekad 1970an dan 1980an pelajar universiti terlibat dengan perhimpunan itu dan ini, tapi kajilah semula perhimpunan pelajar dahulu dan sekarang, kalau dahulu pelajar universiti ke hadapan sebagai ketua untuk perhimpunan berkenaan, tapi sekarang pelajar universiti jadi alat untuk pihak-pihak tak bertanggungjawab meraih populariti murahan.

    Berbalik kepada isu penghinaan terhadap lagu Negaraku yang kononnya dibuat oleh pelajar universiti di negara ini. Sedarkah bahawa sebagai rakyat Malaysia, kita patutnya berbangga menjadi rakyat negara ini dan bermatian untuk mempertahankan negara ini. Budak sekolah rendah pun tahu perkara ini. Kalau sebagai pelajar universiti sanggup berbuat perkara yang menghinakan negara, di manakah tahap mentaliti pelajar berkenaan? Keadaan ini menunjukkan mentaliti pelajar berkenaan lebih rendah dari budak sekolah rendah. Generasi kini yang lahir saja macam-macam kesenangan mereka dapat, maka mereka tak tahu nak menghargai apa yang mereka kecapi sekarang ini. Banyak yang terpengaruh dengan retorik luar yang indah khabar dari rupa. Misalnya hak asasi manusia, apakah sekiranya seorang manusia nak memenuhi hak asasinya, kononlah, boleh menyusahkan manusia lain? Apakah orang lain bukan manusia? Sungguh pun manusia mempunyai hak asasi, tetapi hak asasi itu adalah terbatas kerana ia perlu diseimbangkan dengan hak asasi orang lain, hak asasi alam sekitar, hak asasi haiwan, hak asasi pokok dan lain-lainnya. Tak bolehlah melalak di sana sini dan berbuat sesuka hati kerana kononnya hak asasi, itu bukan hak asasi, tapi manusia bodoh serta tolol dan tamak namanya. Apa tidaknya, kalau sanggup menyusahkan orang dengan alasan hak asasi manusia, itu manusia bodoh, tolol dan tamaklah kerana dia tidak tahu berfikir dengan baik walaupun seorang mahasiswa yang punya ijazah bergulung-gulung dari universiti terkenal dan kononnya seorang intelek dan profesional sedangkan perlakuannya tidak ubah seperti orang yang tidak pernah menerima pelajaran.

    Masyarakat kini terutama golongan muda telah hilang ciri-ciri budaya ketimuran yang murni pada diri mereka. Perkara ini pernah diungkapkan oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Menteri Penerangan dan Komunikasi Malaysia apabila beliau mengulas sikap golongan muda yang tidak tahu berterima kasih apabila menerima sesuatu bantuan dari pihak yang memberikan bantuan berkenaan. Bukannya suruh dijaja keliling bandar dan desa atau membuat poster besar-besar mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan, tapi sekadar senyum dan mengucapkan terima kasih kepada pemberi sumbangan adalah memadai. Ini tidak sudahlah tak ucap terima kasih, malahan tak bersalam pun, malahan pandang muka pemberi sumbangan pun tak dibuatnya. Inilah gelagat generasi muda sekarang ini. Berbeza dengan golongan berumur, mereka amat menghargai sumbangan yang diberikan. Bukan saja ucap terima kasih, bersalaman, senyum serta berkali-kali ucap terima kasih. Ini yang saya lihat pada golongan berumur, punya jati diri orang timur yang tinggi. Saya bukannya nak merendahkan golongan muda, tetapi inilah hakikatnya. Ini adalah kerana golongan muda kini terlalu selesa hingga telah lupa adab dan budaya dalam tindakan mereka. Kepada golongan muda, saya tidak menghina anda semua kerana semua manusia pernah muda, tetapi sikap dan perlakuan adalah berbeza mengikut masa, bukan kerana masa yang mengubah sikap manusia, tetapi jati diri manusia itu yang membentuk sikap manusia. Kemodenan bukanlah bermakna semua tradisi murni bangsa kita perlu dihumban ke tempat pembuangan sampah, tetapi ianya perlu dipertahankan untuk membentuk sebuah bangsa yang terhormat dan bermaruah tinggi. Renungkanlah, sekian, terima kasih.

  2. Terima kasih En Mohamad..cukup menarik apa yang En. Mohamad komen…..

  3. Encik MOHAMAD FARIZAL BIN ISMAIL (830505105733)/ 28 tahun / bukan lagi pelajar UMT. Dia telah graduate pada 2007 dalam jurusan Fakulti Sains Makanan. So harap jangan kaitkan tindakan beliau dengan kami di UMT. Kalau tak puas hati, sila report pada mak-bapak dia kat Taman Kandis Permai, Selangor tu. Atau boleh juga majukan aduan pada ADUN Kota Raja (PKR) yang dia undi masa pilihanraya lalu haha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s