Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

IKHLAS mahu saman BERSIH

Ikhlas tawar khidmat guaman 

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) sedia menawarkan khidmat guaman percuma kepada peniaga yang mengalami kerugian besar semasa berlangsung perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara kelmarin.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, ia bagi membantu peniaga mengambil tindakan mahkamah terhadap penganjur perhimpunan itu kerana menyebabkan mereka kerugian teruk.

Mohd Ridzuan berkata, dia menasihatkan para peniaga membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum menyerahkan laporan itu kepadanya untuk tindakan lanjut.

“Perhimpunan haram tersebut menyebabkan ramai peniaga terpaksa menanggung kerugian kerana tidak dapat beroperasi seperti biasa lebih-lebih pada hari cuti.

“Ia menjejaskan hampir 5,000 peniaga melibatkan kerugian dijangka mencecah lebih RM100juta,” katanya pada sidang media di Jalan Masjid India di sini semalam.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya menerima aduan daripada lebih 100 peniaga berhubung kerugian dialami.

Mohd Ridzuan berkata, pihaknya menyediakan seorang peguam dan dijangka dua lagi peguam menawarkan diri secara sukarela.

Menurutnya, peguamnya akan menyerahkan notis pemberitahuan kepada penganjur Bersih minggu ini.

“Kita akan sedaya-upaya membantu mereka dan bilik gerakan sementara diwujudkan di Jalan Masjid India ini bagi memudahkan sekiranya ingin membuat aduan.

“Mereka juga boleh menghubungi di talian 019-2066666 dan 013-3965989 atau melayari laman http://www.ikhlasmalaysia.com,” katanya. – SINAR HARIAN

2 Responses to “IKHLAS mahu saman BERSIH”

  1. Kau org ni kalau nak saman tgk ler siapa yg buat onar… gunakan otak tu skit.. kalau perhimpunan tu diadakan tanpa provokasi dari pihak polis atas arahan rejim zalim dah tentu2 bersih tu aman dan damai.. penyebab org tak dpt masuk kl siapa yg sekat jalan sampai menyusahkan rakyat jelata… wahai IKHLAS kalau nak tolong org tu biar ikhlas… nama dah sedap tapi otak dungu macam keldai….

    • Yg menyusahkan rakyat ialah BERSIH, kalau polis tk jaga dan biarkan puak-puak BERSIH berarak tidak ke menghalang lalu lintas dan aktiviti harian orang ramai walaupun secara aman….janganlah nak justify tindakan dengan menyalahakan PDRM….Jangan jdikan PDRM sebagai musuh kamu….jgn keldaikan diri untuk Ambiga…..salam…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s