Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Fenomena luar biasa Syamsul

KEHEBATAN KL Gangster ditayangkan sejak 9 Jun lalu mencetuskan fenomena luar biasa dan mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.

Kutipan hari pertamanya sahaja mencatat rekod baru apabila berjaya mengumpul RM1.5 juta.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim turut memuji kehebatan KL Gangster yang kini melakar sejarah tersendiri dalam industri perfileman Melayu.

Beliau berkata, filem arahan Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 ini sesuai untuk tontonan umum serta boleh dijadikan iktibar buat remaja.

Malah kejayaan Syamsul memperoleh kutipan RM12 juta membuktikan filem kelima arahannya itu wajar dijadikan filem contoh untuk penggiat filem tanah air.

Ahli Lembaga Finas, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, berdasarkan rekod Finas, jumlah yang dikutip KL Gangster amat membanggakan dalam sejarah perfileman Melayu.

“Jumlah itu adalah fenomena baru daripada pengarah baru seperti Syamsul. Malah ia memberi kesan positif terhadap pembangunan filem kita. Jika sebelum ini Finas mensasarkan satu filem satu minggu, mungkin kini kita boleh meletakkan lebih daripada satu dalam tempoh sama.

“Saya berharap kutipan ini bukan sekadar musim dan kejayaan KL Gangster harus dijadikan ilham kepada semua karyawan di luar sana. Walaupun filem ini adalah hiburan ringan, namun ia memberi mesej dan pengajaran berguna buat penonton,” katanya yang turut kagum dengan kejayaan KL Gangster. -SINAR HARIAN

Advertisements

No Responses to “Fenomena luar biasa Syamsul”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s