Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

BN P. Pinang perhebat turun padang

NIBONG TEBAL 11 Julai — Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan memperhebatkan program pemimpin turun padang untuk mendekati masyarakat setempat terutama di kawasan pembangkang agar dapat menawan semula kerajaan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pulau, Datuk Teng Hock Nan berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima BN, aktiviti turun pandang itu memberi impak positif apabila ramai rakyat yang ditemui meluahkan masalah masing-masing.

“Kita akan memperhebatkan lagi program ini supaya matlamat program ini dapat dicapai sebaik mungkin iaitu menawan Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program tinjauan mesra BN di Nibong Tebal di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan 300 pemimpin serta jawatankuasa BN negeri yang meluangkan masa mempromosikan semangat kerjasama kepada masyarakat setempat serta mengedarkan 2,000 beg pelbagaiguna untuk kemudahan membeli-belah.

Sementara itu Zainal berkata, aktiviti turun padang itu dijalankan di semua kawasan parlimen di negeri ini dan BN sedang berusaha meningkatkan sokongan Melayu dan menarik kembali sokongan kaum Cina dan India. – Bernama

Advertisements

No Responses to “BN P. Pinang perhebat turun padang”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s