Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Marina Mahathir sokong BERSIH??

Agak mengecewakan bila tersebar gambar anak perempuan Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad bersama-sama dalam kumpulan haram BERSIH. Apakah tujuan Marina Mahathir berada bersama kumpulan tersebut?

Tiada sebarang reaksi dari Tun Mahathir mahupun Dato’ Mukhriz Mahathir tentang perbuatan Marina. Agak mudah jawapan yang diberikan oleh Dato’ Mukhriz berkaitan isu ini ‘Tanya pada Marina sendiri’. Cukup mengecewakan.

Mungkin Tun Mahathir juga akan memberi jawapan yang sama, kita pun tidak pasti. Walauapapun apa yang terjadi telah membuat penyokong Tun Mahathir amat-amat kecewa. Selama ini penyokong-penyokong Tun Mahathir sanggup pertahankan Tun dan sanggup bersama-sama keluar parti demi Tun Mahathir yang kita sayangi dan sanjungi. Namun atas tindakan Marina ini sedikit sebanyak memberi impak pada penyokong Tun dan Dato’ Mukhriz.

Kenapa harus Marina mencari publicity murahan dengan kontrovesi sebegini? Sistem pilihanraya yang ada kini adalah sistem yang sama ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri malahan ada pernambahbaikan yang telah dilakukan. Apakah Marina merasakan sistem yang ada ini tidak bersih? Mengapa sekarang? Mengapa tidak pada ketika Tun Mahathir dahulu?

Kami amat menyanjungi Tun Mahathir dan sentiasa menyokong beliau. Kami juga berharap Marina hentikan tindakan bodoh dan kurang waras ini serta-merta. Kami tidak mahu sebarang penjelasan dari Marina apa yang kami mahu hentikan semua kontrovesi dan publicity murahan ini SERTA MERTA.

Kami sayangkan UMNO dan mahu Barisan Nasional terus meneraju kerajaan Malaysia. Kami tidak perlu kamu wahai Marina Mahathir sebagai perosak warisan Tun Mahathir Mohamad.

Pada Dato’ Mukhriz, jangan sampai sokongan kami beralih baru anda mahu sedar. Selagi kami menyokong anda tolong pastikan anda melihat dan mendengar suara akar umbi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

6 Responses to “Marina Mahathir sokong BERSIH??”

  1. Semua orang semua sedia maklum yang Marina Mahathir ni orang kuat Sister In Islam yang sama2 mempunya motif seperti Ambiga.

  2. bukti pemerintahan skrg sudah tak releven..org dalam pun beralih angin..anda bila lagi??tepuk dada,tnya akal yg dberi Allah swt untuk mmbezakan kebenaran dan sebaliknya.

  3. Nasib Tun dengan aku sama. Aku sokong Najib anak aku tak suka Najib. Ini semua gara-gara dengar orang yang kononnya JUJUR bercakap.

  4. Marina mahathir lebih barat daripada barat sebab itulah perangai dia memalukan bapanya sendiri.susah nak cakap dengan anak-anak pembesar-pembesar kita ni.tak tahulah marina ,dia ni mungkin sokong anuar tu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s