Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

BERSIH punca kekalutan dan punah-ranah.

Kelakar sungguh dengar cerita-cerita penyokong BERSIH, ada yang kata 50,000 orang datang berkumpul ada yang kata 100,000 yang datang. Cukup gah disebarkan sana-sini.

Hakikatnya memang amat memalukan. Jangan kata 50,000 yang datang 10,000 pun belum tentu. Yang 300,000 rakyat majoriti senyap tidak sokong pun BERSIH. Peniaga-peniaga rugi jutaan ringgit tidak pun sokong BERSIH jadi macam mana BERSIH berjaya?

Mana memorandum yang hendak dipersembahkan pada YDP Agong? Orang ramai merungut sana-sini sebab semua kerja terbengkalai lebih ramai dari yang datang berdemo. Rakyat yang terpaksa pergi membuat rawatan terpaksa menanggung kesakitan kerana tidak dapat ke hospital. Ahli-ahli keluarga yang hendak ke majlis-majlis keluarga juga tidak dapat hadir. Semua gara-gara BERSIH yang menyusahkan rakyat.

Pelajar-pelajar universiti juga menjadi mangsa kumpulan haram BERSIH ini. Bayangkan hati dan perasaan ibubapa bilamana anak mereka yang dihantar ke umniversiti untuk menimba ilmu ditangkap polis dan dikenakan tindakan buang universiti, apa perasaan mereka? Adakah BERSIH akan bertanggungjawab?

Pemimpin-pemimpin BERSIH dengan tidak rasa bersalah boleh duduk minum dan makan dihotel-hotel mewah sedangkan para penyokong berpanas, berhujan makan tidak menentu, minum tidak menentu akhirnya terpaksa bertempur dengan FRU. Penyokong BERSIH yang bekerja terpaksa berdepan dengan tindakan buang kerja, anak bini jadi mangsa. Adakah BERSIH akan bertanggungjawab pada semua ini?

Inikah yang dikatakan berjaya? Kita kongsi satu kisah dimana seorang anak sanggup menderhaka pada orang tuanya semata-mata hendak bersama kumpulan demo BERSIH. Anak ini sanggup menengking bapanya yang melarangnya pergi ke KL untuk berdemo. Isterinya juga diugut cerai jika melarang dia pergi. Anak-anak jadi mangsa, keluarga juga jadi mangsa. Dia bakal dibuang kerja oleh majikannya kerana tidak hadir bertugas selama 4 hari berturut-turut tanpa sebarang berita.

Adakah BERSIH akan bertanggungjawab pada semua ini? Fikirkan lah….

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “BERSIH punca kekalutan dan punah-ranah.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s