Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

BERSHITT:PAS: Ambiga salah pilih STADIUM!!

By HEADMASTER

Ambiga kena bagi penjelasan yang kukuh kerana pemilih Stadium Merdeka dipilih oleh penganjur BERSIH sebagai medan penyokong BERSIH berhimpun pada sabtu ini adalah tidak sesuai dari kapasiti muatan dan kerenah birokrasi sedia ada. Rata-rata penyokong Pas sangat tidak berpuashati dengan Ambiga kerana langkah memilih Stadium Merdeka telah memghadkan jumlah penyokong yang ramai untuk berhimpun.

Ambiga membuat tindakan tanpa ada perbincangan dan keputusan beliau sangat melulu hingga membelakangkan  Pakatan Rakyat yang merupakan hos utama disebalik BERSIH 2.0. Khalid MB beranggapan bahawa pelawaannya untuk memberi laluan kepada penganjur BERSIH 2.0 menggunakan Stadium Shah Alam, Selangor tidak diendahkan oleh Ambiga. Kesian juga sama Khalid MB ini, kuasa sebagai MB tidak boleh mengawal Ambiga dan malahan turut di permainkan oleh angkatan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Sekiranya NGO Bersih meminta kebenaran untuk menggunakan Stadium Shah Alam, saya akan setuju. Bagaimanapun perhimpunan itu perlulah dilakukan dengan penuh tatatertib serta berdisiplin,” ujar Khalid.

Pas sangat makan hati dengan cara Ambiga ini, tanpa memikirkan dorongan BERSIH 2.0 adalah terdiri ramai antara jentera dan penyokong Pas didalamnya. Pas menggangap ambiga sangat biadap.

Sedikit petikan penyokong Pas kepada Ambiga :

  • Pas dari awal lagi telah mencadangkan agar perhimpunan BERSIH 2.0 di adakan di Stadium Shah Alam.
  • Pas dasarkan pilihan tersebut kepada beberapa faktor. 
  • Stadium Shah Alam merupakan satu-satunya stadium yang terbesar yang dimiliki oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat.
  • Stadium ini sering digunakan untuk penganjuran sukan bertaraf dunia, boleh memuatkan 100,000 orang dan hampir 8,000 tempat parkir kenderaan.
  • Mungkin ada yang mencadangkan Stadium Bukit Jalil. 
  • Namun bagi PAS, dari sudut kawal-selia, kedudukan geografi dan karenah birokrasi, maka Stadium Shah Alam adalah pilihan yang lebih tepat.
  • Kita akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari kerajaan negeri Selangor seperti kenyataan Menteri Besar di atas berbanding dengan penggunaan stadium-stadium lain.
  • Dan yang paling utama kita tidak mahu provokasi – tak kira siapa dalangnya. Jika di Bukit Jalil masih terdedah dengan provokasi banyak pihak kerana sesiapa pun boleh diundang untuk masuk ke situ dan menimbulkan huru-hara.
  • Selain dari itu kita dapat membantu memajukan peniaga-peniaga di sebuah negeri Pakatan Rakyat yang mana kita telah awal-awal ditolak oleh peniaga-peniaga di WP. 
  • Jadi, sekurang-kurangnya peniaga-peniaga kecil dapat menumpang mencari rezekinya di hari berhimpunnya peserta-peserta BERSIH yang MAJORITInya saya yakin ahli kepada parti komponen Pakatan Rakyat.
Petikan Dari: Khazanah Minda Politik Melayu

 

 

 

No Responses to “BERSHITT:PAS: Ambiga salah pilih STADIUM!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s