Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Ambiga degil – Tan Sri Ismail Omar (KPN)

KUALA LUMPUR – Kurang 48 jam menjelang perhimpu-nan, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga berdegil dengan menolak cadangan polis supaya menggunakan stadium di luar ibu negara untuk berhimpun, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, beliau bertemu Ambiga di Bukit Aman jam 2 petang semalam, bagi menerangkan implikasi yang akan terjadi sebelum, semasa dan selepas perhimpunan terbabit di Stadium Merdeka.

Ismail berkata, beliau syorkan Ambiga gunakan Stadium Melawati di Shah Alam memandangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah menawarkan lokasi itu untuk berhimpun.

Menurutnya, Stadium Merdeka tidak sesuai dijadikan lokasi berhimpun kerana terletak di ibu negara yang boleh memberi kesulitan kepada pengguna terutamanya peniaga, pemandu teksi dan bas.

“Saya nampak dia berdegil dengan cadangan diberi. Dia tidak mahu ubah fikiran dan pendirian.

“Saya terangkan padanya, pendirian saya untuk kepentingan orang ramai. Ketenteraman awam tanggungjawab saya,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Ismail jelaskan undang-undang perlu dipatuhi dan perlu dapatkan kebenaran pemilik stadium sebelum memohon permit polis untuk berhimpun.

Katanya, polis tidak akan keluarkan permit jika permohonan itu atas nama atau ada kaitan dengan Bersih 2.0 kerana pertubuhan itu tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau berkata, polis akan ambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memakan baju Bersih 2.0 atau dilihat cuba mempromosikan dan mewakili pertubuhan itu.

Beliau kesal dengan kesuli-tan orang awam yang terpaksa menempuh kesesakan jalan raya kelmarin kerana polis terpaksa ambil langkah keselama-tan, termasuk mengadakan sekatan jalan raya.

Ia dilakukan kerana polis menemui senjata berbahaya di beberapa tempat yang mungkin akan digunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau menafikan polis akan matikan rangkaian talian komunikasi semasa perhimpunan terbabit.

“Kita akan bertindak terhadap individu itu,” katanya.-Sinar Harian

No Responses to “Ambiga degil – Tan Sri Ismail Omar (KPN)”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s