Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Tarik balik kerakyatan

BATANG KALI – Pelbagai bentuk hukuman diutarakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada penganjur perhimpunan Bersih sekiranya masih berdegil mahu meneruskan agenda haram berkenaan.

Persatuan Anak-Anak Melayu Bugis Malaysia (PAMBM) menyifatkan tindakan menarik kerakyatan dilihat hukuman paling sesuai dikenakan terhadap penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Presidennya, Othman Mohd Said berkata, hukuman itu setimpal dengan perbuatan penganjur Bersih yang di ibarat ‘penderhaka negara’ kerana setaraf dengan pendatang asing yang langsung tidak tahu atau peduli dengan undang-undang juga Perlembagaan Negara.

“Mereka sudah diberi amaran beberapa kali malah jutaan rakyat menzahirkan bantahan perhimpunan itu, tetapi penganjurnya masih berdegil.

“Maka, tindakan paling tegas dan sesuai untuk mereka adalah tarik kerakyatan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

PAMBM turut membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada penganjur perhimpunan haram itu.

Othman berkata, laporan polis juga telah dibuat Sekretariat PAMBM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, Pahang bagi tujuan sama.

Menurut Othman, bagi pengikut perhimpunan daripada kakitangan awam pula dikenakan tindakan tatatertib atau yang lebih tegas.

“Semua sedar perhimpunan ini hanya suatu bentuk perpecahan yang dilakukan majoriti Melayu tetapi didalangi kaum lain yang sengaja mahu melihat bangsa Melayu berpecah.

“Apabila agenda melaga-lagakan bangsa kita dilihat berjaya, kelompok kaum lain pula bertepuk tangan kegembiraan,” katanya.

Othman berkata, perhimpunan Bersih sudah memperlihatkan bibit-bibit peristiwa hitam yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Menurutnya, jika perhimpunan itu tetap diteruskan tidak mustahil akan tercetus peristiwa berdarah itu.

“Sebab itu, kita mahu perhimpunan itu disekat dan persatuan memberi peringatan kepada pihak terlibat supaya menghentikan niat mereka,” katanya.

PAMBM juga menyokong titah Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkaitan keamanan dan ketenteraman rakyat yang harus dipelihara – Sinar Harian

No Responses to “Tarik balik kerakyatan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s