Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

SKMM diarah siasat blog

KUANTAN – Kerajaan Negeri kecewa dan kesal dengan pengendali blog yang didakwa menyiarkan komen menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi, Sains dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata, sebagai sebuah negara yang mempunyai undang-undang, pengendali blog terbabit seharusnya lebih berhati-hati dalam menyiarkan sebarang komen terutama membabitkan Sultan.

Menurutnya, tindakannya menyiarkan komen berbaur menghina Sultan Ahmad Shah merupakan satu tindakan tidak wajar kerana dilihat tidak menghormati institusi Di Raja selain mempertikaikan titah Sultan.

“Sebagai pemerintah yang mempunyai daulat dan menaungi negeri, titah baginda adalah yang terbaik untuk rakyat demi kesejahteraan semua pihak.

“Malaysia bukan negara rojak yang meletakkan segala etika dan undang-undang di bawah. Kita mempunyai sistem perundangan yang telus dan ia mesti dihormati,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Sharkar berkata, buat masa ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) negeri sudah diarah supaya menyiasat pemilik blog tersebut sebelum tindakan sewajarnya dibuat.

Katanya, dia percaya pengendali blog tersebut mempunyai agenda tersendiri apabila menyiarkan komen tersebut bagi tujuan mencetuskan provokasi berkaitan isu perhimpunan haram Sabtu ini.

“Justeru, saya menasihatkan orang ramai terutama rakyat Pahang tidak mudah terpedaya dengan isu tersebut kerana sebagai rakyat perlu patuh kepada titah baginda,” katanya.

Katanya, dia bangga dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil membuat laporan polis terhadap pengendali blog tersebut bagi mempertahankan kedaulatan Diraja.

Sinar Harian Ahad lalu menyiarkan titah Sultan Ahmad Shah yang menentang perhimpunan Bersih selain menitahkan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu. –Sinar Harian Edisi Pahang

No Responses to “SKMM diarah siasat blog”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s