Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Siasat laman sosial hina Agong

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menyiasat beberapa pengguna laman sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berikutan titah khas baginda berhubung isu perhimpunan haram pada 9 Julai.

Badan bukan kerajaan 1Agenda mendakwa dua pengguna laman sosial Twitter yang menggunakan nama ‘DAPSugu’ dan ‘AMK Rembau’ telah menghina serta memperlekeh kebijaksanaan Tuanku Mizan.

Yang Dipertuanya, Zul Azhar Cha, berk ata laporan polis dua hari lalu, kedua-dua pemegang akaun sosial media itu dengan jelas menghina ketua institusi negara kita dan ketua institusi agama.

Zul Azhar juga mendakwa terdapat beberapa pengguna laman sosial Facebook dan pengguna blog menerbitkan komen berunsur hasutan serta ugutan berhubung perhimpunan haram itu.

Beliau berkata, jika perkara seumpama itu tidak dibanteras, ia boleh menimbulkan kekacauan yang menjurus kepada perpecahan dan mampu menghuru-harakan negara.

“Kita sarankan rakyat untuk pandai menilai sebab penulis-penulis blog datang dari pelbagai identiti dan objektif.

“Ada niat membina, positif tapi ada juga yang datang untuk memecahbelahkan,” katanya, di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, bagi menyerahkan memorandum berkaitan perkara itu kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Zul Azhar berkata 1Agenda sedia membantu dan bekerjasama dengan SKMM bagi memantau kegiatan yang tidak sihat di laman sosial.- Bernama

No Responses to “Siasat laman sosial hina Agong”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s