Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pekida bimbang dalam stadium cetus kekecohan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), bimbang tercetusnya keadaan huru-hara walaupun penganjur perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

Presidennya, Jamaludin Yusof berkata, tiada beza, sama ada perhimpunan diadakan di tempat umum mahupun secara tertutup.

Menurutnya, beliau menghargai tindakan penganjur berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong dan menyokong sekiranya perhimpunan dibatalkan.

“Bagaimanapun, Pekida menaruh kebimbangan tetapi akan mengikuti perkembangan isu ini dengan serius kerana tidak mahu timbul perkara menyusahkan rakyat.

“Pekida sebagai pertubuhan yang menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berharap supaya pihak tertentu yang mahu menimbulkan huru-hara tidak meneruskan perhimpunan itu dalam bentuk apa sekalipun,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Bertindak Menentang Kekacauan (Anti-Bersih), Datuk Ramli Norani termasuk kira-kira 50 Ahli Majlis tertinggi Pekida seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun akan sentiasa bersedia sebagai banteng terakhir sekiranya perhimpunan yang berlangsung akan menimbulkan keadaan yang huru-hara.

Jamaludin turut mengingatkan ahli Pekida seluruh negara agar bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan yang berlaku.

““Setiap ahli Pekida maklum mengenai tanggungjawab masing-masing berlandaskan tujuan penubuhan Pekida sendiri dan tidak menentang dengan hanya membuta tuli,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pekida Wilayah Persekutuan, Roslan Dahaman berkata pihaknya mengutuk tindakan Bersih dan akan mengambil langkah selaras dengan undang-undang negara sekiranya masih mahu berhimpun.

No Responses to “Pekida bimbang dalam stadium cetus kekecohan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s