Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

GEMPAR!!! Ambiga dipecat Anwar ambilalih!

Keldaian Daily melaporkan berikut mengenai mesyuarat Pakatan Rakyat berhubung Bersih 2.0 dan pilihanraya semalam di G Tower, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur:

Pakatan Rakyat Kerah 300,000 sertai Bersih

Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat bersetuju untuk mengerahkan 300,000 ahli dan penyokong ke perhimpunan Bersih pada hari Sabtu, 9 Julai ini di Stadium Merdeka.

“Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat menyokong keputusan Bersih bagi menuntut pilihan raya yang telus, bebas dan adil.

“Majlis akan mengerahkan 300,000 ahli dan penyokong ke perhimpunan Bersih pada hari Sabtu, 9 Julai ini di Stadium Merdeka,” katanya pada sidang media di G Tower, di Jalan Tun Razak, sebentar tadi.

Beliau turut menuntut kerajaan menghormati semangat pertemuan di antara Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dengan Yang di- Pertuan Agong.

“Kami kesal dengan sikap Menteri Dalam Negeri seolah-olah mereka tidak peduli pertemuan Bersih dengan Tuanku. Seolah-olah Yang Dipertuan Agong memanggil ‘kumpulan haram’ untuk berbincang.

“Polis perlu ambil kira semangat pertemuan ini. Jangan keruhkan keadaan untuk membuat tangkapan,” jelas Anwar.

Namun demikian, banyak lagi isi perbincangan yang tidak didedahkan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat.

Maklumat dari Mesyuarat Pakatan Riot pada petang semalam tersebut mendedahkan Dato Ambiga telah dipecat dan jawatan Pengerusi Penganjur BERSIH telah diambialih oleh Anwar.

-Unspinners-

No Responses to “GEMPAR!!! Ambiga dipecat Anwar ambilalih!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s