Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

BERSIH ada hati nak serang POLIS

Tak sudah puak-puak BERSIH yang nak cabar pihak polis. Hari Sabtu nanti kita akan saksikan macam mana puak-puak BERSIH cuba memprovokasi pihak polis.

Sama seperti tahun2 sebelum ini bagaimana mereka mencabar pihak polis dengan membaling objek-objek pada pihak polis. Tidak hairanlah bila pihak polis menemui pelbagai senjata tajam, bom petrol dan sebagainya dikawasan-kawasan yang dikatakan tempat berkumpulnya puak-puak BERSIH ini.

Pada tahun 1997-1998 kita sudah saksikan bagaimana mereka merusuh dengan merosakan harta benda awan, membakar tong sampah awam, mematahkan papan-papan tanda awam dan sebagainya. Ini belum lagi kes-kes seperti memukul pihak polis.

Rakyat yang tidak bersalah juga ditarik dan dilibatkan juga dalam kekecohan itu. Pernah terjadi pada seorang sahabat ketika itu dia sedang berjalan menuju ke menara Mayban melalui jalan Leboh Ampang, ketika itu ramai puak-puak reformasi berkumpul. Sedang dia berjalan untuk ke pejabat dia telah dicekup oleh pihak polis kerana disyaki anggota kumpulan reformasi. Inilah contoh yang bahawa demonstrasi ini menyusahkan orang ramai yang tiada kena mengena.

Mereka akan terus menimbulkan provokasi untuk mencabar pihak polis bertindak. Kita semua tahu mereka ini akan berlakon dan mengeluarkan kenyataan yang mereka akan dipukul dan didera oleh pihak polis. Ini semua dipelajari dari insiden mata lebam Anwar Ibrahim.

Rakyat majoriti menyokong penuh untuk pihak polis mengambil tindakan yang tegas, tangkap dan dakwa mereka atas apa-apa kesalahan yang penting keamanan terjamin.

Kami mahu pihak polis mematahkan setiap serangan atau provokasi yang dilemparkan oleh puak-puak BERSIH dan kami mempunyai kepercayaan penuh dengan kecekapan dan professionalism pihak polis.
Selamat maju jaya dan selamat bertugas PDRM…..

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “BERSIH ada hati nak serang POLIS”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s