Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

‘Buat saja di stadium negeri pembangkang’

KUALA LUMPUR – Penganjur perhimpunan pada Sabtu ini dicadangkan mengadakannya di stadium di negeri yang ditadbir parti pembangkang.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ini kerana Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 bukan sebuah badan yang sah daripada segi undang-undang.

Oleh itu katanya, permohonan mereka menggunakan stadium di sini seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat dipertimbangkan.

“Mereka menguasai beberapa negeri dan lantaran gerak kerja politik mereka di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor, pilihlah tempat di negeri-negeri mereka.

“Negeri-negeri di mana kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa dan mentadbir perlu menjadi pilihan kedua,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Briged Komunikasi di pejabatnya di sini, semalam.

Rais berkata, pandangan masyarakat berdasarkan ribuan laporan polis menentang perhimpunan haram itu juga perlu diberi pertimbangan secara setimpal oleh pihak berkuasa.

Sementara itu Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor semalam, bertegas untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini mulai jam 2 hingga 4 petang.

“Bersih 2.0 bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar,” katanya.

Beliau juga menggesa kerajaan menghentikan segera tangkapan dan membebaskan semua aktivis Bersih 2.0 yang ditahan serta mendesak enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dibebaskan serta-merta atau dihadapkan ke mahkamah.

“Kerajaan sepatutnya menunjukkan niat baik dengan membebaskan mereka serta merta termasuk individu di bawah Ordinan Darurat dan menghentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong Bersih 2.0,” katanya.

Ambiga berkata, satu rombongan mewakili Bersih 2.0, tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan memorandum lapan tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, selepas perhimpunan yang dijangka berakhir jam 4 petang itu selesai.

“Penyerahan memorandum, tidak membabitkan seorang pun pemimpin parti politik daripada Pakatan Rakyat. Mereka terbabit adalah dari Bersih 2.0 atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan parti politik.

Ambiga juga berharap semua gangguan, ugutan, tuduhan dan fitnah terhadap penyokong Bersih 2.0 dihentikan.

“Ini bermakna rakyat dibenarkan memakai baju kuning. Usaha-usaha menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 di stadium tidak dihalang,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya sedang berusaha untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara ini.

Ketika ditanya, sama ada Bersih 2.0 memohon permit polis bagi mengadakan perhimpunan tersebut, Ambiga berkata, pihaknya akan cuba mendapatkannya.

“Kami belum memperolehnya lagi. Bagaimanapun, mengapa perlu adanya permit apabila kerajaan berkata perhimpunan itu boleh diadakan di Stadium?” katanya

No Responses to “‘Buat saja di stadium negeri pembangkang’”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s