Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Sumpah rakyat majoriti..

Duduk bersembang dengan sekumpulan rakyat biasa seperti saya sambil-sambil minum petang dan berbual tentang isu semasa. Dalam berbual-bual kosong tiba-tiba isu BERSIH disentuh.

Kumpulan ini bukanlah ahli mana-mana parti, mereka ini adalah majoriti senyap dan penentu kerajaan mana yang harus mentadbir Dengan terus terang mereka menyatakan pada PRU yang lepas mereka mengundi untuk PR dengan harapan dapat mendapat satu wakil yang lebih bagus dan bekerja untuk rakyat. Hakikatnya impian mereka hancur lunyai.

Dalam keadaan sekarang menambah lagi rasa tidak puas hati dan penyesalan mengundi untuk PR. Sehingga mereka turut mengeluarkan sumpah tidak lagi mahu mengundi PR. Sudahlah tidak hiraukan kawasan dan pengundi yang didahulukan adalah politik, nasib rakyat terabai, inilah kata-kata salah seorang dari mereka.

Walaupun kurang baik namun jauh lebih bagus wakil rakyat dahulu dari BN berbanding wakil rakyat PR. Mereka cukup kecewa dengan parti pembangkang yang menolak demokrasi dan mengujudkan BERSIH semata-mata mahukan kuasa secara paksa. Rakyat tidak rela untuk membiarkan PR melakukan sedemikian rupa pada negara.

Mereka-mereka ini adalah warga Malaysia yang sayangkan negara dan berpengalaman dalam era reformasi dan mereka tidak mahu perkara ini berulang lagi. Cukup sudah mereka lalui keadaan dahulu. Nasib baik ketika itu Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan beliau dapat menyelesaikan kemelut Anwar dengan bijak sekali.

Tidak mungkin mereka mahu Anwar menjadi Perdana Menteri kerana mereka kenal siapa Anwar. Mereka berharap Anwar berubah bila dibebaskan dari penjara dan mereka membuat keputusan untuk mengundi PR. Harapan tinggal harapan semuanya tidak menjadi keuntungan malahan kebencian yang muncul.

Mereka sudah serik dan mereka tidak akan lagi membuang undi mereka kepada PR. Dengan BERSIH menghina Raja-raja Melayu dan cuba menghuru-harakan negara mereka tutup pintu hati mereka kepada PR.
Sumpah mereka tidak akan mengundi dan membenarkan Anwar menjadi Perdana Menteri akan tetap menjadi keutamaan.

Bila difikir balik mungkinPR sedar mereka sudah kehilangan banyak sokongan dan BERSIH adalah ‘lifeline’ untuk mereka merampas tampuk pemerintahan. Jadi tidak hairanlah BERSIH beria-ria hendak lancarkan demonstrasi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

No Responses to “Sumpah rakyat majoriti..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s