Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Rasuah: Nampak tapi Buta.

Dalam membicarakan isu rasuah kita masih lagi menyalahkan kerajaan kerana gagal membendung gejala ini.

Pernah atau tidak kita melihat atau bertanya pada diri kita apa yang kita lakukan untuk membantu kerajaan dalam isu rasuah? Sudah semestinya tiada apa-apa. Kita sedar ada berlakunya rasuah namun kita memilih untuk memekakkan telinga, membisukan mulut dan membutakan mata. Alasan yang diberikan ialah ‘itu hal engkau bukan hal aku’.

Kemudian kita yang bising sendiri tentang rasuah itu dan rasuah ini. Kita memang sedar dikalangan kakitangan kerajaan juga berlaku gejala ini, sekali lagi apa tindakan kita? Tiada apa-apa. Kakitangan kerajaan dari yang besar hingga yang rendah masing-masing ada yang terlibat walaupun bukan semua tetapi masih berlaku.

Kita juga sedar mungkin telah menjadi amalan jika kita ingin mendapatkan projek kita harus melobi pegawai-pegawai tertentu. Amalan ini sering berlaku dan mengapa? Rasuah adalah satu isu yang tiada penghujungnya jika kita hanya bercakap sahaja tanpa tindakan. Jadi siapa yang hendak dipersalahkan?

Perlukah para peniaga atau kontraktor yang inginkan projek melobi pegawai-pegawai kerajaan? Mengapa mereka perlu berbuat demikian?

Perlukah pegawai-pegawai kerajaan melayani pelobi-pelobi sedemikian rupa ataupun ianya sudah menjadi amalan biasa pegawai-pegawai kerajaan mendapat habus sebelum meluluskan projek?

Persoalan yang tidak rumit tapi masih tiada jawapan. Kerajaan berusaha untuk membersihkan jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian masing-masing tetapi selagi ada yang menawarkan rasuah selagi itu ada penerima rasuah.

Siapa yang sepatutnya berintegriti? Kalau tiada yang menawarkan mungkin ada yang meminta. Kita akan tetap diselubungi oleh masalah rasuah dan yang dipersalahkan ialah kerajaan.

Bukan sahaja di kalangan jabatan atau agensi kerajaan malahan sektor swasta juga tiada kurangnya. Jadi apa sumbangan kita untuk memastikan gejala rasuah ini tidak berlaku.

Untuk mendapatkan sesuatu tanpa susah payah jalan paling mudah adalah melobi. Inilah penyakit yang kita hadapi. Tidak perlu kita mengata mana-mana bangsa atau kelompok kerana isu rasuah ini tidak kira warna kulit atau kepercayaan, semua terlibat.

Sebagai rakyat kita berhak dan wajib melaporkan sebarang jenis rasuah dan salah guna kuasa. Ini sumbangan kita untuk memastikan kerajaan kita bebas rasuah dan berintegriti.

Selagi kita hanya pandai menyalahkan orang lain tanpa melakukan sesuatu selagi itu masalah ini tidak akan selesai. Lakukan lah kewajipan anda sebagai rakyat yang bertanggungjawab.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Responses to “Rasuah: Nampak tapi Buta.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s