Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Jadikan Wataniah ‘wajib’ bagi rakyat Malaysia.

Kerajaan perlu memandang serius tentang kerapuhan hubungan antara kaum diMalaysia ini. Setiap kaum masih lagi sangsi dengan kaum-kaum yang lain. Tahap semangat patriotik dikalangan rakyat Malaysia juga boleh dipertikaikan.

Justeru kerajaan menubuhkan Jabatan Khidmat Negara yang diwajibkan pada semua anak-anak muda negara ini. Tetapi sejauh mana keberkesanan program Khidmat Negara ini? Setelah sekian lama ditubuhkan kita masih lagi tidak nampak impaknya atau perubahan hubungan antara kaum.

Dengan ini demi menjaga dan memupuk nilai-nilai kesetiaan dan semangat 1Malaysia 1Bangsa kerajaan harus mewajibkan semua anak-anak muda berumur 18 tahun keatas berkhidmat didalam Rejimen Wataniah dibawah akta Kerahan Tenaga.

Kerajaan harus melihat isu ini dari sudut yang lebih positif, pertama sekali peruntukan pada Jabatan Khidmat Negara yang dikeluarkan bernilai jutaan ringgit tetap hasilnya agak mengecewakan. Hanya segelintir operator kem-kem Khidmat negara ini benar-benar menjalankan tanggungjawab. Selebihnya hanya inginkan kekayaan serta-merta.

Untuk memupuk nilai-nilai kesetiaan dan semangat patriotik dikalangan anak-anak muda kita program kerahan tenaga nampaknya lebih memberi impak. Latihan ketenteraan dan memupuk disiplin yang tinggi akan memastikan anak-anak bangsa menjadi lebih bersemangat dan berdisiplin.

Sebagai contoh negara jiran kita Singapura yang kita tahu ada bangsa yang akan ketinggalan dalam bidang ekonomi tetapi semangat kenegaraan mereka amat tinggi hasil dari latihan ketenteraan Kerahan Tenaga. Untuk kita diMalaysia amat tepat sekali jika kerajaan mengambil pendekatan kerahan tenaga demi menjamin setiap antara kita mempunyai nilai kesetiaan pada negara yang tinggi dan sanggup berkorban demi tanah air.

Sebagai rakyat yang sayangkan negara kita seharusnya mempunyai semangat untuk mempertahankan negara dari apa jua bentuk serangan. Akta kerahan tenaga adalah satu cara yang dapat memupuk semangat kenegaraan dan semangat setia kawan antara semua kaum.

Kita perlu melihat perkara ini dari sudut yang positif dan bukan negatif kerana kepentingan negara adalah lebih penting dari apa pun. Banyak kebaikan yang bakal kita terima jika kerajaan memulakan progam ini.

MM akan memberi ‘outlook’ dalam bahagian kedua untuk mengupas isu ini.

No Responses to “Jadikan Wataniah ‘wajib’ bagi rakyat Malaysia.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s