Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

BERSIH dalam stadium belum tentu aman.

Walaupun BERSIH bersetuju untuk berdemo didalam stadium tetapi belum tentu perhimpunan ini akan selesai dengan aman. Kita telah mendapat laporan pihak polis menjumpai sejumlah senjata dibeberapa lokasi disekitar Kuala Lumpur dan ini membuktikan memang ada niat untuk BERSIH melakukan keganasan.

Apa jaminan ketika perhimpunan itu tiada pihak yang akan menghasut dan mengapi-apikan sentimen? Tiada apa-apa jaminan langsung dari pihak BERSIH. Didalam semua perhimpunan atau tunjuk perasaan tiada satu pun yeng berakhir dengan aman malahan akan merebak dan akan menjadi kucar-kacir. Apatah lagi dengan perhimpunan BERSIH ini yang jelas mempunyai niat untuk merusuh.

Tiada apa yang dapat diperkatakan lagi tentang BERSIH ini kerana perhimpunan ini hanyalah untuk menutup dan mempertahankan Anwar Ibrahim. Tiada sebab untuk kita berdiam diri dengan BERSIH ini. Rakyat majoriti senyap tidak akan menerima apa-apa yang dibawa atau yang diusulkan oleh BERSIH kerana ianya buka satu badan yang bebas.

Perhimpunan ini bakal merebak walaupun dibuat di stadium. Sudah pasti pihak BERSIH akan memulakan dengan provokasi-provokasi yang akan menimbulkan kemarahan mana-mana pihak. Pergaduhan bakal tercetus dan mereka akan mempersalahkan kerajaan juga akhirnya.

Mungkin Yang Dipertuan Agong memperkenankan perhimpunan ini diadakan ditempat yang selamat dan baginda bertitah agar sebarang permasalahan baginda mahu ianya dikemukan melalui rundingan. Ini yang pihak BERSIH tidak memahami. Baginda Tuanku mahukan perbincangan bukan perhimpunan.

Perhimpunan BERSIH tetap akan merusuh dan cuba membuat kacau pada hari tersebut. Ini AGENDA utama BERSIH,untuk mengulingkan kerajaan pilihan rakyat melalui proses demokrasi. Kita jangan berasa senang hati dengan keputusan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan di stadium malahan kita hari berhati-hati dengan kumpulan BERSIH ini demi menjaga keselamatan dan maruah tanahair.

TOLAK BERSIH SECARA TOTAL!!

 

 

One Response to “BERSIH dalam stadium belum tentu aman.”

  1. Perhatikan bagaimana senjata2 dan bom2 molotov telah disediakan di beberapa lokasi utk digunakan bagi membuat huru-hara di perhimpunan Bersih2 yg kononnya dgn aman yg dijadualkan diadakan di jalanan pada 9hb.
    Sekarang dgn begitu bodohnya pula Kerajaan membenarkan Bersih2 diadakan di dalam stadium tertutup. Apakah jaminan bhw rusuhan tidak akan berlaku dari stadium dan merebak ke luar?
    Pihak polis patut mengambil langkah2 keselamatan yg berikut:
    1. Setiap peserta haruslah diperiksa dgn teliti supaya tidak membawa masuk pemetik api, sebarang senjata dan sebarang alat yg merbahaya ke dlm stadium.
    2. Mereka tidak boleh memakai T-shirt Bersih2 kerana telah diharamkan.
    3. Pihak penganjur mestilah membayar dahulu sewa utk stadium dan diminta meletakkan sejumlah wang sebagai cagaran utk ganti rugi jika berlaku kerosakan alat2 di stadium. Jika bangku2 stadium rosak semasa perhimpunan, kita tidak akan dapat gantirugi selepas perhimpunan kerana semua pihak tidak akan mengaku bersalah dan bertanggungjawab.
    4. Pihak polis dan tentera mesti diletakkan di semua pintu keluar/masuk stadium utk menjaga keselamatan orang awam yg berada di luar stadium. Jika berlaku sebarang pergaduhan atau rusuhan di dalam stadium itu adalah tanggungjawab pihak penganjur Bersih2. Polis harus memastikan bahawa sebarang rusuhan tidak keluar dari stadium. Semua pintu keluar mesti ditutup rapat dan dijaga dgn rapi.
    5. Jika ada orang yg sakit tenat kena heart attack sbg contoh, pihak ambulan shj dibenarkan masuk dan membawa orang yg sakit itu keluar utk rawatan. Kita mesti bersedia utk melihat tipu helah orang2 yg membuat kacau ini tidak dapat keluar.
    6. Jika berlaku huru hara dan kacau dlm stadium, pihak keselamatan jangan masuk utk meleraikan kekacauan. Biarkan peserta2 demo Bersih2 menghadapi sebarang risiko akibat dpd perhimpunan mereka sendiri. Jika pihak keselamatan masuk, gambar2 polis akan diambil utk memburukkan nama baik polis kerana telah bertindak dgn zalim kononnya dan sebagainya. Gambar2 ini akan didedahkan dgn serta merta ke seluruh dunia melalui internet utk memburukkan pihak polis dan Kerajaan BN. Jadi biarkan sahaja mereka mati atau cedera di dalam stadium.
    7. Seelok2nya jika demo Bersih2 ini akan diadakan didalam stadium pun, pihak penganjur mesti menandatangan perjanjian yg mereka adalah bertangjawab sepenuhnya terhadap kelakuan dan keselamatan peserta2 perhimpunan, supaya nanti jika berlaku sebarang perkara yg tidak diingini, pihak polis dan Kerajaan BN tidak boleh dipersalahkan!
    Bersih2 ini taklah sebersih yg kita nampak!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s