Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Ambiga cabar titah YDP Agong.

Ketua perhimpunan HARAM BERSIH Ambiga Sreenavasan mencabar titah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong. Dia berkata jika baginda Agong menitahkan akan batalkan BERSIH dia akan akur.

Duli Tuanku telah bertitah agar jangan menyusahkan rakyat dan pergi ke meja perundingan. Namun Ambiga dengan bongkak mahukan Duli Tuanku menitahkan secara khusus. Siapakah Ambiga fikir dirinya? Dengan tindakan dia kita boleh nampak bagaimana dia mencabar titah Duli Tuanku.

Dia merasakan dirinya lebih tinggi darjat dari Duli Tuanku. Adakah kita akan terima bergitu sahaja tindakan pengkhianat ini? Rakyat harus sedar agenda buruk BERSIH yang hanya mahu menghuru harakan negara demi cita-cita kelompok tertentu.

Bagi Ambiga sendiri dia mempunyai cita-cita politik untuk dicapai oleh itu dia sanggup melakukan apa-apa demi mencapai cita-citanya. Ambiga mencabar titah Duli Tuanku kerana ingin menunjukan dia lebih besar dan lebih berpengaruh dari Yang Dipertuan Agong.

Satu hinaan bagi orang-orang Melayu bila Ambiga mencabar titah Tuanku Raja Melayu. Umpama dia meletakan titah Duli Tuanku ditapak kaki. Sedarlah kita bahawa Ambiga seorang yang ingin lihat kehancuran sistem Raja-raja Melayu yang menjadi tonggak kekuatan bangsa Melayu Islam. Kita semua kenal Ambiga seorang yang anti Islam dan menyokong Murtad.

Cukup jelas siapa Ambiga. Tiada tempat untuk manusia sebergini didalam negara kita. Ambiga sepatutnya dibuang keluar dan jejak tapak kakinya dinegara ini juga dikorek dan dibuang.

Hapuskan BERSIH yang diketuai oleh Ambiga Sreenavasan yang anti Melayu dan anti Islam…

Posted with WordPress for BlackBerry.

3 Responses to “Ambiga cabar titah YDP Agong.”

  1. Ada catatan dari satu blog mengatakan Ambiga baru lepas bertemu Tun Abdullah, dan Tun Abdullah juga berkata pergilah mengadap YDPA.

    Macamana tiba-tiba Tun Abdullah boleh berada dalam episod ni? Ish ish apa hubungkait beliau dgn Ambiga?

    Ish-ish siapalah yg dibelakang semua ni. Musykil betul lah.

    Awi

    • Oh rupanya Ambiga menjadi Presiden Majlis Peguam sewaktu Tun Abdullah menjadi PM. Dan mereka sudah pernah bertemu sebelum ini. Ish buat suspen aje , itulah Bersih ni buat semua orang hilang pertimbangan.

      Sorry Tun Abdullah sebab terpikir yang bukan-bukan.🙂

      Awi.

  2. Mmg kurang hajaq..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s