Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Eksploitasi anak-anak muda oleh kumpulan Anti Lynas

Kumpulan Anti Lynas masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Loji Lynas telah didapati selamat oleh IAEA. Pada hari Sabtu di Kuantan kumpulan ini telah mengerakkan aktivis mereka di sekitar BERJAYA MEGAMALL yang ketika ini sedang mengadakan PIKOM PC Fair.

Amat menyedihkan mereka mengunakan anak-anak muda untuk menunjukan bantahan mereka. Ada beberapa kaunter pameran dimana para petugas mereka mengenakan t-shirt Anti Lynas.

Gadis muda dengan t-shirt Anti-Lynas

Mereka bergerak secara berkumpulan disekitar kompleks membeli-belah itu. Apakah tujuan sebenar mereka ini yang tidak habis-habis mempertikaikan keputusan IAEA?

Sudah jelas dan nyata ini semua bermotifkan politik bukan kerana alam sekitar.

Kerana sifat dengki dan busuk hati mereka teru menghasut dan membenci kerajaan negeri. Golongan ini hanya mahukan kelebihan politik dan gila kuasa.

Jika mereka faham dan bijak sudah pastinya mereka menerima laporan dari pakar-pakar IAEA tetapi mereka memilih jalan untuk terus menyerang dan menafikan keputusan pakar IAEA.

Golongan inikah yang kita semua mahu dekat? Pada mereka hanya mereka sahaja yang betul dan hanya mereka sahaja yang bijak. Jika keputusan tidak memberi keuntungan pada mereka itu semua tidak betul dan jika keputusan menyebelahi mereka barulah mereka senyap.

Sifat hypocrite yang cukup jelas dari golongan ini. Sedarlah bahawa rakyat majoriti memerhatikan mereka.

No Responses to “Eksploitasi anak-anak muda oleh kumpulan Anti Lynas”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s