Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

BERSIH nyata telah di Hijack oleh Pakatan Sial

Ambiga Sreenavasan ketika melancarkan BERSIH 2.0 berkata BERSIH adalah badan BEBAS POLITIK dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

Dia juga menyeru agar Barisan Nasional juga mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. Tujuan BERSIH adalah untuk membaik pulih sistem pilihanraya dan ianya baik untuk kerajaan juga dia menambah.

Agak menghairankan dalam Ambiga berkata bergitu bila SPR ingin berunding dengan BERSIH Ambiga sendiri telah menolak tawaran itu. Mengapa? Jika BERSIH benar-benar badan bebas politik dan membawa suara rakyat sudah pasti dia setuju untuk berunding dan memberi buah fikiran dan cadangan untuk memperbaiki sistem.

Ambiga sendiri menutup pintu rundingan dan ini amat jelas menunjukan bahawa BERSIH bermotifkan politik. Tiada langsung tanda-tanda bahawa BERSIH adalah bebas politik.

Dalam pelancaran tersebut juga parti-parti dari Pakatan Sian juga hadir dan PAS sendiri memberi komitmen untuk mengerakan 100,000 ahlinya pada perhimpunan tersebut. PAS juga berkata hanya dengan perhimpunan BERSIH sahaja dapat menumbangkan UMNO/BN. Bukankah ini jelas bertentangan dengan apa yang Ambiga kata mengenai BERSIH?

AMK juga berkata di perhimpunan BERSIH mereka bakal menjadikan seperti Medan Tahrir di Mesir. Apakah ini masih tidak jelas bahawa BERSIH bersifat pemberontakan untuk mengulingkan kerajaan yang dipilih rakyat?

Ambiga nyata telah menipu berulang kali dengan menyatakan BERSIH itu bebas politik. Satu lagi bukti bahawa BERSIH itu bertujuan untuk memulakan kekacauan ialah bilamana mereka membuat TUNTUTAN dan bukan cadangan. Ini bermaksud mereka memberi kata dua pada kerajaan sama ada tunduk pada tuntutan atau mereka akan bertindak. Satu lagi bukti jelas BERSIH berniat jahat.

Jika BERSIH perjuangkan demokrasi tidak perlua ada perhimpunan yang menjanjikan keganasan. Pihak pembangkang terlupa betapa bebasnya kerajaan Malaysia dimana mereka bebas berceramah setiap malam tanpa halangan dan mereka bebas mencetak akhbar-akhbar dan risalah-risalah politik mereka.

Mereka bebas berbicara tentang politik dimana-mana tanpa ada sebarang sekatan. Tetapi mereka masih lagi sanggup menipu rakyat dengan menyatakan kerajaan BN zalim.

BERSIH nyata telah di hijack oleh Pakatan Sial demi menyelamatkan Anwar Ibrahim dari 2 kes yang masih belum terjawab.

No Responses to “BERSIH nyata telah di Hijack oleh Pakatan Sial”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s