Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Gelombang Kuning pemusnah

Perhimpunan haram BERSIH dikatakan sebagai Gelombang Kuning Rakyat oleh penyokong-penyokong pembangkang nampaknya semakin hebat membuat provokasi terhadap rakyat majoriti dan pihak berkuasa.

Kita sedia maklum bahawa perhimpunan haram ini bakal menjadi pemusnah pada negara dengan kekacauan yang dirancangkan. Perhimpunan haram BERSIH hanya mempunyai satu motif yang nyata iaitu melindungi Anwar Ibrahim.

Walau sekeras mana dinafikan tetapi rakyat majoriti mengetahuinya. Cuba kita renung seketika dan lihat betapa pentingnya Anwar Ibrahim diletakan sebagai Perdana Menteri.

Bagi pihak PAS, timbalan presiden PAS yang baru mempunyai sejarah yang tersendiri bersama Anwar. Beliaulah yang mengelarkan Anwar ‘Sheikh Al Juburi’. Jilka Anwar ditabalkan sebagai Perdana Menteri lihat sahaja bagaimana PAS menjerut leher Anwar untuk mengikut kata PAS. Mereka akan menuntut jawatan-jawatan yang penting didalam kerajaan. Jika Anwar gagal memenuhi tuntutan mereka umpamanya Anwar menempah kuburnya sendiri.

Begitu juga dengan DAP, Karpal Singh mengenali siapakah Anwar sebenarnya dan beliau mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menyabitkan kesalahan meliwat Anwar Ibrahim yang terdahulu.

Lihat sahaj percaturan politik kedua-dua parti ini. Memang cukup hebat. Anwar boleh diletakan sebagai Perdana Menteri tetapi hanyalah Perdana Menteri Boneka yang tidak mempunyai kuasa sama seperti Nizar Jamaluddin ketika menjadi Menteri Besar Perak satu ketika dahulu.

DAP dan PAS sudah pasti akan menuntut jawatan-jawatan penting dalam kabinet dan masing-masing mahu menjadi ‘decision maker’ kepada polisi-polisi kerajaan. Adakah mungkin Anwar mampu memenuhi kehendak kedua-dua parti itu? Dan bagaimana pula dengan wakil-wakil dari PKR? Kita sudah nampak kepincangan pakatan ini dan bayangkan jika mereka memerintah Malaysia.

Yang nyata sekali keadaan akan menjadi kucar-kacir, ekonomi akan merudum jatuh akibat keadaan politik yang tidak stabil, suasana keharmonian antara kaum akan menjadi tegang akibat ketidakpuasan kaum-kaum tertentu. Ini sudah pasti memusnahkan negara kita yang sudah lebih 50 tahun merdeka.

Pergaduhan kaum sudah pasti terjadi dengan adanya parti chauvinist DAP didalam kerajaan yang akan melebihkan bangsa Cina dari bangsa-bangsa lain. Seperti yang berlaku diPerak.

Semua ini bakal berlaku akibat dari perhimpunan haram BERSIH pemusnah negara. Justeru marilah kita sama-sama menolak dan menentang perhimpunan haram BERSIH ini demi kestabilan negara yang kita cintai…..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

No Responses to “Gelombang Kuning pemusnah”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s