Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

BERSIH dan PATRIOT.

Pada 9 Julai 2011 bakal ada satu pertembungan 2 kumpulan berwarna Merah dan Kuning. Adakah ini bakal menjadi seperti pertembungan 2 kumpulan di Thailand? Adakah ini bakal bermulanya demostrasi berlanjuntan seperti di Thailand antara baju Merah dan baju Kuning?

Adakah rakyat Malaysia bersedia untuk berhadapan dengan situasi seperti di Thailand?  Kenapa harus kita membawa rasa ketidak puasan hati ke jalanan? Adakah budaya jalanan itu budaya kita?

Sudah sekian lama kita merdeka namun pemikiran segelintir dari kita masih lagi berfikiran penjajah sanggup memusnahkan negara kerana agenda peribadi.

Apa untungnya kita merusuh atau berdemo? Dengan kemusnahan harta benda dan kecerderaan yang bakal menimpa dapatkah kita menjustifikasikan tindakan kita itu?

Cuba kita bayangkan kesusahan dan kemusnahan yang bakal berlaku dinegara kita bila kedua-dua kumpulan ini bertembung. Bagaimana kita harus menjalani kehidupan seharian kita untuk mencari rezeki bagi keluarga?

Hanya kerana segelintir manusia yang ingin menunjuk kehebatan seluruh warganegara bakal berdepan dengan kepayahan. Bukan itu saja negara juga bakal berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi dalam suasana ekonomi dunia yang agak lemah ini.

Sangguhkah kita kembali kezaman dimana segala-galanya susah dan payah? Hidup dalam suasana takut dan sentiasa berkurung akibat kumpulan-kumpulan yang turun ke jalanan? Bagaimana kehidupan anak-anak serta kaum keluarga kita? Cuba bayangkan keadaan yang rumit dan bahaya sudah tentu anda semua tidak mahu kembali ke zaman kepayahan hidup.

 Kita perhatikan di Thailand berapa ribu orang yang terkorban gara-gara rusuhan 2 kumpulan baju Merah dan baju Kuning? Kerajaan menguatkuasakan larangan keluar dan kehidupan menjadi rumit.

Segala urusan terhenti dan amat menyusahkan. Siapa yang harus dipersalahkan? Di Thailand kumpulan baju Merah terdiri diantara penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan oleh rampasan kuasa tentera. Dimanakah Thaksin ketika rakyat Thailand berdemo dijalanan? Thaksin yang melarikan diri ke luar negara hidup dalamserba kemewahan dan rakyat merana dinegaranya.

Adakah ini contoh yang kita mahukan? Berdemo untuk pemimpin yang mempunyai agenda peribadi dan membiarkan rakyat merana berbulan-bulan dijalanan. Kehidupan yang susah dan segala-galanya terhenti.

Pemimpin yang diperjuangkan hidup senang lenang namun rakyat masih dalam keadaan susah. Tidak perlu kita turun kejalanan demi pemimpin yang tidak menghiraukan nasib rakyat. Di Malaysia tujuan BERSIH adalah untuk menutup isu sebenar yang berlaku didalam Pakatan Rakyat sendiri. Isu utama yang hendak ditutup ialah isu video lucar Anwar dan liwatnya.

BERSIH mencabar rakyat Malaysia dan cabarkan disahut oleh Pemuda UMNO dan kumpulan PATRIOT. Berbeza sedikit dengan Thailand kita diMalaysia ada satu lagi warna iaitu Hitam yang terdiri dari penyokong dan ahli PERKASA. Pertembungan 3 kumpulan ini bakal mencetuskan satu keadaan yang agak rumit oleh itu sama-samalah kita tentang kumpulan yang ingin membuat kacau.

Kita seharusnya memberi sokongan pada pihak polis agar bertindak dengan tegas tanpa memilih bulu dalam menjamin keamanan rakyat seluruh Negara.

Pada kumpulan yang ingin turun kejalanan, ingatlah bahwa tiada sebarang kebaikan yang akan kita dapati dengan bertidak kejalanan.

Advertisements

One Response to “BERSIH dan PATRIOT.”

  1. I come across a picture of our former PM, the late Tun Abdul Razak Hussein (May Allah Bless his soul; Amin) with chairman Mao Tse Tong, the president of People Republic of China during his official visit in 1974. It was not to support communism but to show to the world how open we are back then. We went to a nation that was continuously banned by 2nd world nations due to its communism practice but we went there to show how open and neutral we are when it comes to political and ideological beliefs. No other countries ever been to China since its interception in 1949. Mao Tse Tong was a very good speaker and he freed China from the heartless emperors claws. I admired Tun Abdul Razak for his diplomacy in handling ideology issues. Al-Fatihah to Tun Abdul Razak Hussein.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s