Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

KENYATAAN TERBARU DATUK IBRAHIM ALI APABILA DI KRITIK TENTANG BERSIH !!!

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Ibrahim Ali menyambut baik gesaan Penasihat DAP,Lim Kit Siang dan Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin agar polis menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan.Ini kerana jelas Ibrahim,gesaan tersebut dibuat hanya berpandukan laporan tidak tepat portal propembangkang,The Malaysian Insider tanpa meneliti kenyataan yang dibuatnya semasa sidang akhbar ketika pelancaran Gerak Aman kelmarin.

Katanya,beliau sedikit pun tidak hairan dengan gesaan tersebut terutama jika ia keluar daripada mulut pemimpin DAP itu kerana beliau cukup mengenali siapa Lim Kit Siang.

“Kit Siang ini tiada apa nak dihairankan.Saya ibaratkan dia seperti ‘lembu tua'(liat),kalau direbus pun tidak akan lembut lagi.Pasal Khairy ini,kita tahu hubungan mesra dia dengan Malaysian Insider.Anehnya Pemuda UMNO juga hendak berhimpun walaupun tiada permit pada 9 Julai ini.Kalau Khairy tuduh saya langgar undang-undang,dia pun sama.Tapi soalnya kenapa hanya Pemuda UMNO ??? Mana pemuda MCA,MIC dan Gerakan ??? ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum Ini Khairy menggesa polis mengambil tindakan ke atas Datuk Ibrahim Ali kerana menyifatkan kenyataan Presiden Perkasa itu semasa perasmian Gerak Aman sebagai sangat berbahaya,selari dengan gesaan Lim Kit Siang.Dalam pada itu,Datuk Ibrahim Ali berkata,Khairy berlagak seperti Ketua Polis Negara apabila memberi ‘arahan’ supaya beliau disiasat hanya kerana ketegasannya mahu mempertahankan keamanan negara pada 9 Julai ini.

Ihsan: Badut Rakyat blog

Advertisements

No Responses to “KENYATAAN TERBARU DATUK IBRAHIM ALI APABILA DI KRITIK TENTANG BERSIH !!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s