Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

BERSIH tidak punyai asas untuk berhimpun.

Perhimpunan BERSIH yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 nampak sengaja diadakan untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim. Pada dasarnya perhimpunan ini dikatakan untuk memberi tekanan pada kerajaan untuk mengadakan pilihanraya yang bersih dan telus.

Sebersih mana yang kumpulan ini mahukan didalam pilihanraya? Jika mereka menang semua kerusi baru dianggap bersih ataupun jika pilihanraya yang dijalankan hanya mempunyai lambang PR sahaja baru dikatakan bersih? Jika SPR mengikuti tuntutat mereka untuk menjadikan pilihanraya lebih bersih mengikut cara mereka tetapi hasilnya mereka kalah semua kerusi adakah jaminan mereka akan akui ianya satu pilihanraya yang bersih?

Sekarang ini telah mendengar desas-desus negeri-negeri yang mereka telah tadbir mengadakan operasi mengubah pengundi. Adakah ini bersih? Banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan berkenaan BERSIH ini. Ada penyokong BERSIH yang beria-ria hendak mengadakan himpunan BERSIH ini berkata ianya berkenaan isu bukan individu, agak dangkal jawapannya sama sekali.

BERSIH yang dibayangi dan dinaungi Pakatan Rakyat nyata hilang kredibilitinya sebagai satu badan bebas yang memperjuangkan asas perlembagaan. Satu lagi persoalan yang timbul bila mereka kata tiada dalam perlembagaan yang melarang mereka untuk berarak secara aman. Adakah didalam perlembagaan itu tiada termaktub tentang undang-undang negara? Undang-undang melarang mereka untuk berarak tanpa kebenaran polis dan pihak polis menpunyai kuasa untuk menghalang jika ianya didapati mennganggu kenteraman awam. Cukup nyata dan jelas mereka mengenepikan undang-undang dan menolak asas perlembagaan.

Tanpa mengendahkan undang-undang bermakna mereka tidak menhormati perlembagaan. Sikap mereka ini cukup untuk membuktikan kumpulan BERSIH ini tidak langsung menpunyai asas atau isu untuk dibawa kecuali membuat kacau.

Tidak cukup dengan kumpulan BERSIH, ada PERKASA dan juga Pemuda UMNO yang ingin berhimpun tetapi membawa agenda yang berlainan. Mahu atau tidak kesemua ini sama sekali bukan satu budaya atau cara yang patut kita sokong. Jangan kita berlaku tidak adil dan prejudis. Rakyat Malaysia sepatutnya menolak sebarang bentuk perhimpunan yang ada unsur mengancam kenteteraman awam.

Budaya ini bukan budaya kita, ianya budaya Anwar Ibrahim. Budaya politik jalanan yang tidak boleh menjadi ikutan. Rakyat Malaysia sudah muak dengan apa yang berlaku dan sudah tiba waktunya untuk kita semua menolak budaya jalanan ini. Tolak sama sekali budaya yang boleh merosakan negara dan memusnahkan harta benda.

Tolak BERSIH……..tolak budaya berdemo!!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

No Responses to “BERSIH tidak punyai asas untuk berhimpun.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s