Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

PERKASA beri penjelasan.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi penjelasan bahawa tidak pernah PERKASA atau beliau mengugut dan mengancam mana-mana pihak. Apa yang diperkatakan oleh Datuk Ibrahim Ali hanyalah sebagai satu nasihat agar jangan keluar rumah kerana pada hari tersebut mungkin ada orang yang cuba ambil kesempatan untuk menimbulkan kekecohan dan adalah baik sekiranya duduk dirumah sahaja demi menjamin keselamatan diri dan keluarga.

Katanya beliau cuma melahirkan kebimbangan  tentang keadaan yang tidak menentu pada hari itu.

“Apa salahnya…siapa boleh jamin dalam suasana perhimpunan begitu keadaan jadi tidak terkawal. Kita mana tau kalau-kalau ada pihak yang ambil kesempatan buat kecoh.Anything can happen….

“Jadi nasihat saya lebih baik jangan keluar rumah. Bukankah tu lebih selamat. Bukankah itu kenyataan yang cukup baik. Saya tidak pernah kata minta orang merusuh atau kami nak merusuh.Ia berbeza samasekali .Kalau itu barulah hasutan…please don’t over react,” ujarnya.

Penjelasan yang agak mudah dari Datuk Ibrahim Ali tetapi telah membuat seseorang dalam UMNO yang cuba mencari publisiti melompat dan menuduh PERKASA sebagai rasis.

Alangkah dangkalnya orang itu, yang berlagak bijak tapi terang-terang kurang cerdik. Memalukan sungguh. Inilah caranya manusia yang tidak ada akal memecah-belahkan orang-orang Melayu. Itu baru jadi ketua pergerakan dalam UMNO belum lagi ada jawatan dalam kabinet.

Cuba guna akal dulu sebelum buat kenyataan,dengar apa yang hendak diperkatakan. Janganlah jadi sikitol….

Advertisements

No Responses to “PERKASA beri penjelasan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s