Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Melayu menuju kehancuran di tangan Pakatan Pembangkang

sumber:che_wan(www.mykmu.net)

Segala apa yang berlaku di P.Pinang terhadap tanah-tanah wakaf, perkampungan melayu, gerai-gerai peniaga kecil melayu dan juga yang terbaru isu penyelewengan wang zakat, seharusnya dapat menyedarkan seluruh bangsa melayu di negara ini tentang niat sebenar kaum kafir jika mereka memperolehi kuasa pemerintahan.

Apa yang saya lihat, DAP yang bergabung sedikit pentadbiran mereka dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di P.Pinang telah menunjukkan bahawa mereka sebenarnya langsung tak berniat untuk memajukan negeri itu. Mereka juga tak ikhlas memperjuangkan nasib bangsa melayu dibawah konsep adil dan samarata yang mereka war-warkan selama ini.

Segala kemelut yang berlaku di P.Pinang patut diambil ikhtibar oleh orang-orang melayu tentang betapa pentingnya kuasa politik dan juga Ketuanan Melayu dipertahankan di bumi Malaysia ini jika mahu generasi akan datang hidup senang. Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk mempertahankan hak dan maruah bangsa jika bukan bangsa itu sendiri?

Apa yang terjadi dan segala kekalutan yang belaku di beberapa negeri pembangkang harus membuka mata seluruh umat melayu bahawa kepimpinan Pakatan Pembangkang yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan juga Lim Kit Siang sebenarnya hanya berlumba-lumba untuk mengejar keuntungan politik serta peribadi mereka sahaja.

Tiada langsung usaha ikhlas yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang untuk rakyat di negeri-negeri yang mereka takluki. Lihatlah dengan teliti bagaimana mereka hanya tahu berpolitik 24 jam, 7 hari seminggu tanpa memperdulikan kebajikan dan juga masalah rakyat.

Di Kelantan contohnya, masih lagi terdapat keluarga melayu yang terpaksa tinggal didalam reban ayam akibat dari kemelut kemiskinan. Ini menimbulkan persoalan tentang amanah menjaga kebajikan rakyat yang ditanggung oleh pemimpin-pemimpin PAS di negeri tersebut. Apakah mereka hanya tahu berceramah sambil mengutip “cukai” dari rakyat setiap malam tanpa mahu menjenguk kesusahan rakyat bawahan?

Yang lebih memilukan, saya dapati ada segelintir bangsa melayu yang masih lagi mahu mengharapkan pemimpin-pemimpin di dalam Pakatan Pembangkang seperti ini untuk membela nasib mereka. Akhirnya, mereka ditipu hidup-hidup dengan pelbagai janji-janji manis dan kosong hingga ke syurga.

Lihat pula beberapa kerat wakil-wakil melayu PKR didalam pentadbiran negeri di P.Pinang. Mereka sanggup akur dengan kerakusan DAP memusnahkan hak-hak melayu dan mereka enggan bersuara menegakkan yang benar demi bangsa mereka sendiri semata-mata takut kehilangan jawatan yang diberikan oleh Lim Guan Eng.

Begitu juga dengan wakil-wakil PAS di Selangor yang tak berdaya menentang sikap biadap pemimpin DAP memperlekehkan Islam di negeri itu. PAS di Selangor yang selama ini berdegar-degar melaungkan Ketuanan Islam, kini senyap umpama tikus yang terserempak dengan kucing apabila berhadapan dengan Ronnie Liu dan juga Teressa Kok.

Bagi saya, ketidak upayaan wakil-wakil melayu dari Pakatan Pembangkang ini wajib dijadikan pengajaran kepada orang-orang melayu tentang nasib agama dan juga bangsa mereka jika pemerintahan negeri mahupun negara berada di bawah tangan-tangan puak kafir.

Jika kafir zimmi seperti GERAKAN yang memerintah P.Pinang dahulu pun mengambil mudah tentang hal bangsa melayu di negeri itu, inikan pula jika kuasa pemerintahan terlepas ke tangan kafir Harbi seperti DAP.

Cukuplah bangsa melayu berpecah dan juga saling mengharapkan orang lain untuk menjaga kebajikan mereka. Sepatutnya didalam keadaan penguasaan politik melayu yang semakin mengecil hari ini, orang-orang melayu harus kembali bersatu demi survival generasi akan datang.

Kita semua harus sedar bahawa kaum lain tak akan membantu kita untuk menaikkan taraf hidup bangsa kita. Melainkan bangsa melayu itu sendiri yang berusaha sehabis daya untuk memakmurkan bangsa dan memartabatkan agama di bumi Malaysia.

 

Advertisements

No Responses to “Melayu menuju kehancuran di tangan Pakatan Pembangkang”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s