Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bersih sangat ke BERSIH tu?

Tiba-tiba sibuk pula hal demo BERSIH yang kononnya hendak pastikan perjalanan pilihanraya menjadi telus dan tiada penipuan. Kenapa tiba-tiba pula hendak adakan demo setelah sekian lama menyepi?

Masa PR menang besar pada PRU12 mana pergi demo BERSIH? Adakah SPR tidak telus bila PR menang besar dulu? Adakah SPR menipu dengan bagi kemenangan besar pada PR? PR ingat rakyat Malaysia ini tidak ada akal?

Mat Sabu yang baru menang sebagai Timb. Pres. PAS cuba memperbodohkan rakyat Malaysia sekali lagi. Kita masih ingat siapa Mat Sabu yang pernah kena tangkap khalwat pada 1995 sejurus selepas kerajaan Kelantan meluluskan enakmen undang-undang syariah Hudud yang mengakibatkan PAS mencari helah dengan menuduh Tun Mahathir yang menghalang mereka dari menjalankan hukum Hudud. Walhal mereka malu dan tidak berdaya untuk menghukum Mat Sabu dengan hukum Hudud. Selama satu tahun PAS sepi dengan agenda hududnya.

Kini Mat Sabu cuba menjadi juara rakyat yang konon berintegriti. Mat Sabu tidak lah sebersih mana pun. Kekotoran Mat Sabu bukan saja diluar malahan dari dalam. Pemikiran yang kotor dan jijik, mulut yang sentiasa mengeluarkan kata-kata kotor. Inikah orang yang mengentuai kempen BERSIH?

BERSIH yang terlalu kotor dan jijik, tidak layak untuk rakyat Malaysia yang beradab dan berpendidikan untuk bersama badan yang tidak langsung berintegriti dan jijik. Satukan lah hati kita dan bersama-sama PERKASA untuk membuktikan BERSIH itu sebenarnya KOTOR….

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

No Responses to “Bersih sangat ke BERSIH tu?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s