Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kaji semula subsidi elak negara muflis.

Ramai pihak bersetuju agar kerajaan mengkaji balik subsidi dan pastikan ianya sampai ke kumpulan sasar. TPM juga mengakui ini bukan satu tindakan yang popular tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab sudah pasti kerajaan akan berusaha untuk menyelamatkan negara.

Jika Pakatan Ranap bangga dengan buku jigGAY yang kononnya boleh membahagia dan memajukan rakyat tapi hanya untuk jangka masa yang pendek sahaja. Rakyat Malaysia akan menjadi seperti Indonesia dan juga Filipina yang hidup merempat dikotaraya dan dikampung rakyat akan terus melarat. Infrastruktur negara menjadi tidak terurus dan negara kucar kacir.

Keadaan negara bakal menjadi hancur kerana kerajaan tidak mampu mentadbir dengan baik tanpa keteguhan kewangan. Jika PR mengunakan kaedah buku jigGAY nescaya Malaysia akan berdepan dengan keruntuhan dan kemusnahan.

Kerajaan BN pula mengamalkan cara yang lebih praktikal dan ada kalanya terpaksa mengunakan cara yang tidak popular demi menjamin kebahagian rakyat dalam jangka masa yang lama. Pada BN ini bukan satu pertandingan mengejar populariti tetapi demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat. Dengan mengkaji semula subsidi kerajaan BN telah membuktikan sekali lagi bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak membazir.

Dengan mengkaji semula subsidi kerajaan BN dapat memastikan setiap sen wang yang diperolehi dikembalikan pada rakyat dari segi infrastruktur, kesihatan, pengangkutan, perumahan serta kebajikan pada yang memerlukan. Sudah pasti ianya menjadi satu keutamaan dan selaras dengan slogan 1Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan’. Setiap sen pembelanjaan negara adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Jika dibandingkan dengan buku jigGAY PR bergitu besar jurangnya. Kita boleh bandingkan antara BN sebuah kerajaan yang berhemah dan PR sebuah kerajaan khayalan yang mengejar populariti tanpa memikirkan kesejahteraan rakyat.

Kesemua negeri yang ditadbir oleh PR kita dapat saksikan kegagalan satu demi satu setiap hari. Dari kebajikan rakyat termiskin hinggalah tuntutan asas rakyat yang tidak pernah diambil pusing. Pada mereka keutamaanya ialah menghakis kekayaan negeri itu dan disalurkan pada parti masing-masing. Oleh dimanakah laungan ‘Negeri Berkebajikan, Negeri yang berintegriti, Negeri serambi Mekah’ dsb? Semuanya hanyalah retorik politik dan hanya untuk memancing undi akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.

Subsidi yang bakal dikaji oleh kerajaan BN akan memastikan negara ini terus bersaing dan dalam masa yang sama rakyat juga bakal memperolehi kesejahteraan. Cukup sudah retorik politik yang tidak menjamin apa-apa pun. PR hanya pandai berkata-kata tetapi satu pun janji mereka tidak dipenuhi. Mereka bergitu tegar menghasut rakyat untuk memberontak demi cita-cita politik ketua mereka. Jika mereka ikhlas berjuang mengapa mereka sanggup memusnahkan negara dengan menyeru untuk memberontak? Kita fikirkanlah. Sanggupkah kita memperjudikan nasib dan masa depan anak cucu kita?

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

No Responses to “Kaji semula subsidi elak negara muflis.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s