Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Politik jijik Pakatan Rakyat

Barisan Nasional satu parti yang sentiasa mementingkan dan mengutamakan rakyat dan kemajuan negara. Apa yang telah kita semua lalui selama 53 tahun adalah hasil dari ketekunan dan keikhlasan pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional.

Kini munculnya pakatan pembangkang yang dipanggil Pakatan Rakyat menjadikan politik Malaysia semakin jijik. Politik memecah belahkan masyarakat. Pakatan Rakyat yang hingga kini masih lagi satu pakatan haram telah mencemari senario politik negara.

Kehadiran Anwar Ibrahim sudah semestinya bakal menghancurkan negara. Anwar Ibrahim terkenal dengan politik kotornya semenjak didalam UMNO lagi. Dialah satu-satunya pemimpin yang kerap kali mengunakan jentera kerajaan demi cita-cita politiknya.

Anwar telah mengunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk memberi kekayaan pada kroni-kroninya. Puluhan juta ringgit diberi pada kenalan rapatnya dan sanak-saudaranya. Rakyat dipinggirkan tanpa dibela. Contoh yang paling mudah ialah kawasan parlimen Permatang Pauh yang tidak membangun langsung semenjak Anwar menjadi wakil di kawasan itu.

Tidak cukup dengan itu Anwar telah memecah belahkan perpaduan didalam UMNO sendiri dan cuba menghancurkan UMNO. Kini dia berazam untuk menghancurkan negara. Segala fitnah ditaburkannya pada hampir semua pemimpin-pemimpin UMNO. Busuk sungguh hati manusia bernama Anwar Ibrahim ini.

Setelah mendapat kekuatan baru dengan bergabung dalam satu pakatan bersama-sama DAP dan PAS, Anwar Ibrahim ingin menjadikan Malaysia porak peranda. Politik fitnah dan politik jalanan menjadi sandarannya.

Mari kita bayangkan kehancuran negara Malaysia ini jika Anwar menjadi Perdana Menteri. Malaysia bakal menjadi lebih buruk dari Indonesia dan rakyat menjadi lebih miskin. Ini kerana jika berdasarkan Buku Jingga Pakatan Rakyat nyata sekali meletakan negara dalam bebanan hutang yang amat tinggi. Dengan kadar rezab negara yang tidaklah tinggi mana sudah pasti Malaysia akan muflis dalam masa yang amat singkat.

Ekonomi Malaysia bakal lumpuh dan rakyat bakal kehilangan punca rezeki. Ini sudah akan menjadi satu kepastian. Alasanya kerana Anwar bukanlah pakar ekonomi, dia hampir-hampir menyebabkan negara ranap pada tahun 1997. Nasib kita cukup baik kerana ketangkasan dan kebijaksanaan Tun Mahathir Mohamad telah memastikan negara terus bersaing walaupun dunia dihimpit dengan masalah kemelesetan ekonomi.

Ingatlah wahai rakyat Malaysia, Anwar adalah pengkianat dan pemusnah negara…….

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

No Responses to “Politik jijik Pakatan Rakyat”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s