Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Jangan Pentingkan Jawatan Parti Tapi Kalah Pilihan Raya: Shafie

SUNGAI SIPUT: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan pemimpin yang mementingkan jawatan dalam parti bahawa mereka hanya akan jadi “pemimpin parti” yang jadi pembangkang semata-mata sekiranya mereka gagal mengukuhkan parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Apa guna jadi jawatan besar dalam parti jika jadi pembangkang selepas pilihan raya, keutamaan sekarang adalah menguatkan parti, tambah anggota, jaga perpaduan,” katanya berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Sungai Siput di sini, Ahad

Beliau berkata pimpinan parti memutuskan menangguhkan pemilihan parti selama18 bulan bagi mengelak masalah perebutan jawatan hingga menjejaskan persediaanmenghadapi pilihan raya umum.

“Kita tidak mahu kerana rebut jawatan, Umno yang kecundang. Pengajaran lepasmenunjukkan Umno menghadapi cabaran cukup sengit kerana berpecah, bukan keranabarisam pembangkang yang kuat,” katanya.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata keutamaan pemimpin dan anggota parti sekarang adalah untuk bersiap sedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya.

Beliau berkata Umno menghadapi situasi yang kritikal kerana akan berhadapan pembangkang yang begitu bersemangat dan berani memainkan isu kaum dan agama bagimeraih sokongan.-BERNAMA

Advertisements

No Responses to “Jangan Pentingkan Jawatan Parti Tapi Kalah Pilihan Raya: Shafie”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s