Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pakatan Rakyat fobia dengan logo 1MALAYSIA

Nampaknya Pakatan Roboh Selangor makin fobia dengan logo dan slogan 1MALAYSIA. Di Kg. Jejarum Kuala Langat dimana MDKL telah diarahkan meroboh pintu gerbang 1MALAYSIA.

Arahan merobobohkan telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan JKKK melalui surat yang dihantar kepada Ketua Kg JKKP,En Ma’amin Hj Radiman untuk memohon beliau memberi kerjasama bagi merobohkan pintu gerbang yang mempunyai logo 1Malaysia.

Ini adalah kes kedua yang melibatkan isu logo 1Malaysia di Kuala Langat setelah dikejutkan tindakan MDKL diarahkan untuk mengeluarkan arahan supaya sebuah kedai 24 jam menurunkan logo 1Malaysia yang digunakan di premis tersebut. Dengan keangkuhan dan kekuasaan yang sebenar ditunjukkan oleh Ronnie Liu exco Negeri Selangor yang menjaga badan PBT termasuk MDKL mencerminkan mereka ingin menolak sama sekali gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri Najib untuk melihat keharmonian dan perpaduan dikalangan semua kaum di Malaysia diteruskan.

Sebelum ini isu penggunaan logo 1Malaysia telah mendapat halangan dan bantahan dari parti Barisan Nasional dengan mengadakan bantahan melalui demostrasi kecil supaya penggunaannya di Selangor dapat dibenarkan. Pada waktu itu ,Ronnie Liu akur dan membekukan arahan larangan penggunaan logo 1Malaysia di Selangor namun dengan isu terbaru di kg Jejarum ini, tindakan melampau MDKL telah membuka kembali isu logo 1Malaysia yang dilarang di Selangor.

Keputusan ini diambil dipercayai ada kaitan dengan lawatan J.Xavier yang akan membuat lawatan program kerja di Kg Jejarum pada 24.5.2011 ini. Bukti bahawa kerajaan Selangor akan memerangi habis-habisan segala bentuk dan program kerajaan pusat yang akan cuba dibawa ke Negeri Selangor walaupun perkara tersebut memberi kebaikan dalam menjaga perpaduan dikalangan kaum sekali pun. Dengan sikap yang ditunjukkan oleh Ronnie Liu ini telah membuktikan siapa yang lebih rasis berkenaan isu kaum ini?? Kerana isu Logo 1Malaysia dilihat sebagai tamparan hebat kepada mereka.

(Kritis Online)

Pada sesiapa yang berada diSelangor, kibarkanlah dan naik kanlah bendera dan logo 1MALAYSIA untuk menunjukan sokongan anda pada gagasan 1MALAYSIA…..KITA KASIH PAKATAN RAKYAT SELANGOR GOYANG DAN FOBIA LAGI!!!!….

Advertisements

No Responses to “Pakatan Rakyat fobia dengan logo 1MALAYSIA”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s