Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Orang Melayu yang hilang jati diri dan maruah.

Saban kali kita dengar tentang masalah orang2 Melayu dan yang jadi sasaran atas kelemahan dan kebodohan orang2 Melayu adalah UMNO.

Atas sebab UMNO adalah parti orang Melayu yang dominan jadi masyarakat menyerang UMNO kerana gagal memajukan orang2 Melayu. Hakikat sebenarnya adalah sebaliknya. UMNO sepatutnya menyerang orang2 Melayu kerana gagal mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan pimpinan UMNO.

Bila UMNO memperjuangkan ekonomi orang2 Melayu adakah orang2 Melayu mengambil peluang tersebut? Peluang ekonomi yang luas terbentang gagal diambil oleh orang2 Melayu dan bila ianya gagal UMNO yang dijadikan sasaran.

Hanya segelintir orang2 Melayu yang berjaya mengambil peluang yang diberikan dan membuktikan mereka boleh berjaya. Yang menyedihkan mereka2 ini dituduh sebagai kroni2 pihak tertentu. Agak dangkal menuduh golongan ini sebagai kroni walhal mereka telah mengambil peluang dan telah berjaya.

Ramai orang2 Melayu hanya nampak kesenangan secara segera. Hasilnya sistem ‘Alibaba’ diwujudkan oleh Melayu2 yang malas berusaha dan mereka ini majoriti. Maruah bangsa diketepikan, jati diri digadai.

Telah berkali2 pemimpin2 Melayu yang terdahulu mengingati orang2 Melayu namun ianya umpama menyiram air pada daun keladi. Semuanya sia2. Sekarang kita lihat bagaimana orang2 Melayu melompat dan meyerang UMNO bila subsidi ditarik, hak2 ekonomi orang2 Melayu dikurangkan, tiada lagi tongkat untuk orang2 Melayu. Kenapa harus mereka marah dan berang? Salah siapa2 UMNO yang salah atau kita orang2 Melayu yang salah?

Bangsa lain berusaha tanpa sebarang bantuan kerajaan dan mereka ini menikmati kekayaan yang berlipat ganda dan orang2 Melayu masih lagi miskin, bodoh dan ketinggalan. Yang kita tahu ialah menyalahkan orang lain. Peluang yang ada disia2kn begitu sahaja.

Percayalah, orang2 Melayu bakal hilang kuasa politik dan ekonomi orang2 Melayu akan bertambah parah. Ketika itu kita hanya mampu melihat bangsa kita diperbodohkan dan dihina selama2nya. Hilang jati diri dan maruah bangsa. Anak cucu merempat ditanah air sendiri. Melayu akan hilang di dunia.

Tiada kuasa ekonomi dan hilang kuasa politik menjadikan orang2 Melayu luput ditelan zaman. Kemana arah kita? Bersatulah orang2 Melayu, pastikan kuasa politik kekal ditangan bangsa kita, berusahalah memperkasakan kuasa ekonomi. Majukan diri dan terus berbakti pada Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

No Responses to “Orang Melayu yang hilang jati diri dan maruah.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s