Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Tun Rahah selalu solat tahajud doakan kejayaan anak

Tun Rahah Mohd Noah, ibu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata anak sulungnya itu adalah anak yang taat dan sentiasa mendengar nasihat.

“Budak yang baik dari kecil, suruh belajar dia belajar…main dia main, tak perlu suruh-suruh. Dengar cakap,” katanya.

Tun Rahah berkata, sebagai seorang ibu, beliau sentiasa menunaikan solat tahajud untuk mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anaknya dan supaya Najib menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai Perdana Menteri.

Sedikit malu ketika menjawab soalan pemberita selepas majlis perasmian pameran “Kasihnya Ibu”, Tun Rahah berkata, Najib memanggilnya “mummy” dan sentiasa menghubunginya walaupun anaknya itu sibuk dengan urusan kerja.

Tun Rahah, isteri Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, kini meluangkan banyak masa mengikuti kelas dan syarahan agama bersama rakan-rakannya.

Bernama melaporkan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata peranan Tun Rahah sebagai seorang ibu yang berjaya mendidik anak-anaknya perlu dicontohi.

Katanya, Tun Rahah adalah lambang wanita Malaysia yang mempunyai kekuatan dalaman dan juga pegangan dan prinsip hidup yang terpuji.

“Dahulu adalah seorang isteri Perdana Menteri, kini berjaya mendidik anak sehingga menjadi seorang Perdana Menteri,” katanya.-10/5/2011

(Ihsan : Agenda Daily)

Note MM: Doa seorang IBU membawa berkat.

Advertisements

No Responses to “Tun Rahah selalu solat tahajud doakan kejayaan anak”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s