Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Blogger CMK hilang arah.

Apa dah jadi dengan blogger Cucu Mat Kilau (CMK)? Makin hilang arah nampaknya mamat ni. Bukan MM nak hentam atau nak cari gaduh dengan CMK tapi sebab tak faham apa yang dia carikan.

MM kenal CMK ni, memang hebat orangnya kalau bercakap, runtuh langit dibuatnya. Sejak zaman reformasi lagi dia ni memang hebat. Kadang-kala tu bila orang asyik puji kita hebat, kita jaguh, kita lah suara rakyat boleh jadikan kita riak dan bongkak. Itulah yang terjadi pada CMK ni.

Pernah juga dia umumkan keluar PKR nak masuk PAS. Masa PRK Kerdau janjinya nak serah borang pada PAS tapi dia hilangkan diri (Baca disini). Adalah pulak cerita mengatakan dia tawarkan diri nak lawan DS Najib di Parlimen Pekan (Baca disini). Hati besar CMK ni, 2 kali bertanding 2 kali bungkus ada hati nak lawan DS Najib. Entah, suka hati kau la labu…..

Sekarang ini ada pulak yang kata dia nafi keluar PKR (Baca disini). Itu yang MM kata dia ni dah hilang arah, tak ada tujuan. Macam orang meroyan. Kalau duduk bersembang dengan dia bukan main cerita pasal orang2 Melayu. Heran juga tengokkan bila cerita pasal perjuangan Melayu tapi duduk jadi balaci DAP, mana satu yang dia bawa ni? (PC CMK Keluar PKR)

Yang terbaru dia dengan kuncu2 dia buat laporan polis terhadap blogger Braveheart (Baca disini) sebab isu Kristian agama rasmi. Entah sewel ke apa CMK ni. Nampak sangat dia nak cari modal untuk dapat nama bagi membolehkan dia bertanding pada PRU depan.

Orang sibuk isu Lynas, dia pun sibuk isu Lynas. Nak jadi jaguh Alam Sekitar la konon2nya. Rasa2 baiklah dia belajar dulu dari Karam Singh Walia sebelum ceburkan dalam pejuangan Alam Sekitar. Dia sendiri pun masih guna bag plastik lagi. Tak payah la nak jadi jaguh kalau sendiri jalan macam ketam.

Sudah2 la Shukri ooii….malu orang kampung weiii……

p/s: Ni bukan nak promote CMK tapi sekadar tunjukan CMK ini bukan betul sangat..

Advertisements

No Responses to “Blogger CMK hilang arah.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s