Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

JOM SELAMATKAN PETRONAS SEGERA!!!

Petang semalam saya dikunjungi salah seorang pesara kerajaan yang pernah sangat dihormati di zamannya bertugas dulu, singgah di rumah kami, di Puncak Sri Gombak setelah mendapat khabar dari mulut kemulut teman-teman yang mengetahui keadaan kesihatan saya…Beliau berjaji akan membawa seorang Tukang Urut yang pakar tentang urat saraf untuk membantu memulihkan saya…

Kami berbual di satu anjung yang berangin sepoi-sepoi bahasa, tak henti-henti datangnya dari arah Gunung ganang dimana terletaknya Genting Highland…beliau mengucapkan simpati dengan kemalangan jalanraya yang saya hadapi di sempadan Lipis/Gua Musang bulan lalu..yang menyebabkan saya dinasihatkan doktor pakar untuk berihat enam minggu dirumah, dengan pengawasan pakar perubatan…Beberapa tajuk mengenai politik, perniagaan dan hal-hal yang bersangkutan dengan kepentingan bangsa kita menjadi kegemaran beliau bercakap, yang termasuk tajuk tumpuannya kali ini mengenai  Organisasi Petrolium Nasional atau Petronas.

Katanya, beliau memang telah arif benar bahawa Petronas adalah organisasi Melayu milik kerajaan untuk menjaga kepentingan agama,bangsa dan tanahair. “Tetapi bagaimana ia hampir dikuasai oleh kaum lain kini, Konsep Malaysuan Malaysia anjuran Lee Kuan Yew (PAP) semasa berada dalam Malaysia dulu juga sudah mula berlaku dalam Petronas..!” tekannya dengan suara yang agak tinggi.

“Padahal kaum itu telah menguasai bidang ekonomi negara ini sepenuhnya….apalagi yang kita ada?…..apalagi yang bangsa kita ada Datuk..!” (beliau menangis dan saya segera menghulurkan saputangan) saya faham maksud yang dikemukakan…beliau memang seorang yang patriotik 10 tahun lalu kami sering bersama dalam forum-forum yang menyentuh kepentingan bangsa kita….lalu bila menemui saya terus saja ia mencurahkan sesuatu yang terbuku di benak fikirannya..mengenai sesuatu yang menjadi kepentingan rakyat dan negara ini.

Beberapa perkara yang dituturkan telah menarik perhatian saya dan terasa pula hal sedemikian perlu diketahui oleh teman-teman fb saya yang lain, dan dapat dibincangkan dengan lebih matang setiap isu itu satu persatu, semuga negara kita yang dikasihi ini tidak ada cacat celanya..!

Semua rakyat Malaysua tahu bahawa Petrolium Nasional (PETRONAS) adalah sebuah syarikat GLC yg ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengendalikan semua urusan mencarigali dan menguruskan perniagaan minyak negara dan juga mengembangkan urusniaga di peringkat global..

Hasil penubuhan Petronas ini oleh pucuk pimpinan negara yg diterajui UMNO ini, termasuk lebih 90% stesyen minyak Petronas dikendalikan oleh Peniaga Melayu ..yang mengikut secara ketat segala peraturan perniagaan, yang boleh dibanggakan oleh semua pihak; setelah perniagaan dibidang lain kebanyakan orang Melayu gagal melaksanakannya…(kini sudah mula ramai peniaga bukan Bumiputera !!)

Pendapatan Petronas begitu banyak menyumbang kepada pembangunan negara..tetapi siapalah yang tidak menitik air liur bila melihat keuntungan yang begitu banyak; lalu ada pihak yang mencadangkan Petronas ini dirombak..!!! sedang diusahakan sebuah syarikat baru bagi menggantikan sebahagian urusan Petronas…tentulah syarikat baru ini bukan milik kerajaan organisasi mantap Petronas tak mustahil akan berkecai….

Saya ingin mendapatkan respon para pembaca fb bersetujukah Petronas ini di rombak dan dipecah-pecahkan kepada syarikat-syarikat milik beberapa orang yang pintar untuk mengaut keuntungan? sila beri respon segera sebelum nasi menjadi bubur…!!!

(Ihsan: Datuk Yazid Othman)

Advertisements

No Responses to “JOM SELAMATKAN PETRONAS SEGERA!!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s