Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

SERTAI BN.. PAS DAKWA NAJIB RAYU SIMPATI MURAHAN.

PAS mendakwa pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersama BN dianggap sebagai salah satu langkah terdesak parti itu yang dianggap semakin lemah. Ini dinyatakan sendiri melalui Ketua Penerangan parti, Idris Ahmad.

Presiden UMNO itu katanya hanya mahu menggunakan kekuatan PAS di saat UMNO ditolak oleh majoriti kaum Cina. Malah, ada pula usaha-usaha untuk menubuhkan Gerakan 1Melayu 1Bumi yang pada membuktikan ahli-ahli UMNO sendiri menolak Gagasan 1Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib.

Idris turut mendakwa UMNO akan menggunakan PAS sebagai alat bagi mencapai kemenangan parti itu pada PRU 13 dan setelah itu, PAS akan kembali diherdik dan dipandang rendah oleh UMNO. Idris mengingatkan mana-mana Pemimpin Tertinggi PAS agar tidak terperdaya dengan pujuk rayu Perdana Menteri itu yang disifatkan beliau sebagai propaganda politik murahan.

Beliau yang mewakili PAS menyatakan pendirian tegas bahawa parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan UMNO dan akan terus setia berdiri teguh di bawah Pakatan Rakyat.

(Ihsan: KLpos.com)

Advertisements

No Responses to “SERTAI BN.. PAS DAKWA NAJIB RAYU SIMPATI MURAHAN.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s