Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Melayu bakal bersatu?

Sekarang ini banyak pihak menyatakan tentang penyatuan orang-orang Melayu terutamanya penyatuan antara UMNO dan PAS. Ada diantaranya sampai begitu extreme mengatakan Melayu bakal bersatu bila sejarah hitam 13 Mei berlaku.

Adakah benar jika terjadi sekali lagi tragedi hitam dalam sejarah Malaysia akan memperlihatkan penyatuan orang-orang Melayu? MM rasa agak complex persoalan ini bila kita renung tentang PAS secara dalam.

Pertama sekali PAS sendiri tidak percaya pada penyatuan UMNO dan PAS kerana PAS hanya pentingkan kuasa politik bukan menjadi keutamaan bagi PAS untuk menyatukan bangsa Melayu. Justeru PAS melihat jika ada pergolakan kaum mereka pasti menjadikan ianya sebagai satu batu loncatan untuk menjadikan diri mereka juara dengan menyokong pihak atau bangsa bukan Melayu.

Dalam PAS tiada sifat atau roh Melayu kerana mereka telah lama menolak perjuangan bangsa. Dengan cogakata ‘PAS for all’ nescaya tiada tempat untuk menjadi juara bangsa dalam diri PAS. Jika PAS benar2 jujur dalam perjuangan sudah pastinya mereka mendekatkan diri kepada UMNO yang tidak pernah letih perjuangkan nasib bangsa Melayu ISLAM.

Hakikatnya memang amat pedih untuk kita terima yang UMNO terpaksa berjuang secara bersendirian untuk mengangkat martabat orang-orang Melayu ISLAM. PAS hanya mengejar cita-cita politik semata-mata dan untuk mengudang PAS berjuang atas landasan yang sama demi agama dan bangsa rasanya sesuatu yang sukar. MM katakan sebagai sukar tapi tidak mustahil namun UMNO dan orang2 Melayu haruslah terima yang PAS bukanlah satu rakan kongsi yang setia.

Politik PAS penuh dengan putar-belit dan politik bunuh kawan. Pendirian PAS kerap kali bertukar haluan sehinggakan hukum agama tegar mereka putar belitkan demi menguasai politik. PAS menpunyai cara politik yang amat dangkal dan tidak mencerminkan keikhlasan memperjuangkan agenda utama parti mereka.

Jika PAS benar2 ikhlas sudah pastinya mereka mengambil peluang dari jemputan PM DS Najib untuk bersama2 berjuangan atas nama agama, bangsa dan negara walaupun bukan dalam BN. Harus diingat juga bahawa PAS tidak pernah ada niat untuk meletakan Melayu sebagai agenda pejuangan mereka.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

No Responses to “Melayu bakal bersatu?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s