Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Sana sini ada 10 laporan polis terhadap AMK

Semalam banyak laporan polis seluruh negara dibuat terhadap tindakan biadap dan kasar AMK yang menghina kesucian rumah ibadat di Masjid Amru Al Asy di Bandar Baru Sentul.  Pemuda UMNO Bhg Tampin yang diketuai oleh Md. Isam bin Md Isa mengetuai lebih kurang 40 penyokong Pemuda membuat laporan polis di Balai polis Tampin tengahhari 12:30 semalam.

Pengerusi MAYC kawawasan Sabak Bernam, Mohd Fitry b. Anuar turut membuat laporan di balai polis Sabak Bernam. Dia menyatakan menyatakan kekesalan dan kekecewaaan di atas kebiadaban dan kurang ajar penyokong PKR yang diketuai Iskandar b. Mat Akin selaku ketua AMK.

Mereka turut membuat laporan terhadap ceramah Tian Chua di Bandar Baru Ampang malam kelmarin kerana mempersendakan ajaran islam mengenai sumpah laknat. Ketua Penerangan Pemuda Umno Bhg Nibong Tebal, Norhiesam Bin Ismail mewakili Pergerakan Pemuda Umno Nibong Tebal membuat laporan di balai polis Balai Polis Sg Bakap, Seberang Perai pada pukul 10:30.

Pengadu Penyelia PEKIDA Batu Pahat, Abang Chik telah membuat repot polis di IPD Batu Pahat Johor mengenai kejadian di Sentul pada tengahhari lebih kurang 12:30. PEKIDA Batu Pahat menyeru pihak polis dan JAKIM menyiasat insiden tersebut dan menuntut mereka dihukum dengan sewajarnya.

Pemuda UMNO Batu Pahat turut dijangka akan membuat laporan polis.

Lebih kurang masa yang sama, Gabungan NGO Malaysia yang diketuai Mohd Jurit bin Ramli membuat laporan di sebuah balai yang tidak diketahui di Kuala Lumpur. Kekecohan di Masjid Amru Al Asy turut dilaporkan oleh Pekida Larut Matang Selama. Laporan polis dibuat oleh Mohd Abu b. Abdullah, AJK Pekida Larut Matang yang juga AJK UMNO Bahagian Taiping di Balai Polis Taiping pada pukul 3 petang.

Difahami ini adalah laporan ke 3 di Perak selepas laporan yang diterima di Gerik dan Kerian.

Setakat ini, sudah ada lebih 10 laporan polis terhadap AMK, Shamsul Iskandar, Rozan, PAS dan PKR dari pelbagai kumpulan dna individu.

(Ihsan: The Unspinners)

Advertisements

No Responses to “Sana sini ada 10 laporan polis terhadap AMK”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s